Komentator Popular Bulan Oktober 2013


Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar kita semua sudah hampir ke penghujung tahun 2013. Sudah 6 bulan juga usia blog picisan saya ini. 

Sepanjang 6 bulan saya berblog, banyak sungguh yang saya belajar, banyak sungguh elmu yang saya terima dan yang paling best, banyak hubungan yang terjalin melalui blog ini.

Terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog saya setiap hari dan meninggalkan komen pada setiap entri bagi merebut hadiah wang tunai untuk segmen komentator popular.

Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu akan pengumuman ini kannn..

Untuk segmen Komentator Popular  bagi bulan Oktober 2013, pemenangnya jatuh kepada :

Tempat Pertama :  Waazin Aiman (291 Komen)     =  RM100.00
Tempat Kedua     :   Nyamuk Terbang (272 Komen) =  RM70.00
Tempat Ketiga     :   Ain (256 Komen)                          =  RM50.00

Saguhati               :   Aniq Bukhary (243 Komen)        = RM30.00


syuhada1981.com, kaki komen, komentator popular, pengomen terbaik,


Tahniah kepada semua pemenang. Imej ini diambil tepat pada pukul 12 tengah malam tadi dimana kita sudah ada pemenang baru yang berjaya mengalahkan adik Amirul (pemenang bulan Ogos & September ). Pada firasat saya mungkin Amirul sibuk dengan pengajiannya.

Saya sebenarnya kagum dengan anda semua kerana dalam semangat bersaing merebut wang tunai, sedar atau tidak kita semua sudah ada jaringan perhubungan yang mesra disini. Sama-sama memberi sokongan. Sudah wujud komunikasi yang baik selain memberikan komen mengenai entri yang terpapar.

Apa pun saya minta maaf kerana ada diantara komen-komen anda semua yang tak sempat  saya balas. Tak menang tangan sebenarnya. Hehehe..

Saya berharap dengan segmen seperti ini dapat meluaskan lagi jaringan rangkaian antara blogger sesama blogger mahupun antara blogger dengan pembaca yang lain.

Untuk bulan ini saya ada menyediakan sedikit saguhati buat adik Aniq  kerana menghargai kesungguhan dan semangat dia bertandang ke blog ini dan meninggalkan komen tetapi jatuh ke tempat yang keempat, beza 13 komen sahaja dengan Ain. InsyaAllah, boleh cuba lagi untuk bulan November nanti ya.

Saya sangat berharap dengan persinggahan anda semua ke blog ini dapat memberikan sedikit manfaat dengan apa yang saya kongsikan.

Terima kasih juga kepada blogger Pokok Manggis Depan Rumah dan blogger Muhammad Amirul Syahnaz .

Seperti biasa untuk para pemenang, sila emelkan nama penuh, nombor akaun bank dan nama bank anda kepada syuhadaforever@gmail.com


Salam sayang!


Busuk!