Ini kesilapan paling besar. Jangan buat bisnes hanya kira harga kos produk + kos pos sahaja. Tapi tak kira sekali 'hidden cost' yang terlibat seperti kos minyak pergi pejabat pos, kos kertas & dakwat untuk mencetak, & sewa pejabat. Hujung bulan mesti akaun ada short & tak untung seperti disangka.
-Pengajaran: Perlu masukkan margin hidden cost anda. Anda juga perlu tahu berapa kos marketing yang perlu dibelanjakan untuk mendapat 1 jualan.
2) TAK SIMPAN DATABASE PELANGGAN DENGAN TERATUR
Kesilapan ini membuat anda rugi besar sebab tak dapat follow up dengan pelanggan yang ingin membuat pembelian semula & tak dapat nak blast promosi terkini dan lain-lain.
-Pengajaran: Paling minima, nama, no telefon & email pelanggan wajib anda simpan elok-elok!
3) TIADA SISTEM INVENTORI/ PRESTASI JUALAN
Anda tidak pernah mengira baki stok anda. Berapa yang dah terjual pun anda tidak tahu. Hanya tahu jual sahaja. Kesannya, stok habis, tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah kerana terpaksa menunggu & anda dituduh menipu. Nak restock pula ambil masa seminggu.
-Pengajaran: Sangat penting ada sistem tahu berapa terjual, berapa stok yang tinggal. Jadi anda boleh order siap-siap. Anda juga kena tahu prestasi jualan produk mana yang laju, hari bila sales tinggi dan sebagainya.
4) BAZIR MASA BUAT KERJA-KERJA ADMIN/MANAGEMENT
Sebab nak jimat, anda buat semua kerja.Dari A-Z. Buat marketing, check sales, layan customer, reply mesej fanpage, reply sms, check stok, bungkus produk, tulis slip poslaju, pergi pejabat pos. Lama-lama masa anda setiap hari hanya berkisarkan kepada admin work. Masa untuk pemasaran dah tiada. Sales merudum!
-Pengajaran: Leverage! Serahkan kerja-kerja tersebut kepada pekerja anda. Jangan nak jadi hero, nak buat semua perkara. Pemilik bisnes wajib fokus lebih kepada marketing.
5) TIADA CASHFLOW YANG TERSUSUN
Cashflow setiap hujung bulan main hentam je. Tengok balik resit-resit yang dikumpul, kadang-kadang pun lupa apa yang dah dibeli. Selalunya akaun sentiasa tak balance. Banyak keluar dari untung yang masuk.
Ok, sekarang, jika anda SERIUS tentang bisnes anda, saya ingin kongsikan satu sistem automasi yang telah membantu ramai peniaga mengurangkan 90% masa bekerja & meningkatkan 90% produktiviti bisnes mereka.
Sistem yang boleh menguruskan semua kerja-kerja management bisnes anda. Jadi anda tidak perlu bazirkan masa berharga anda untuk melakukan kerja-kerja yang remeh.
Klik pada link ini untuk info lanjut.