Rahsia Kejayaan Pengasas HONDA

Tahukah anda siapa pengasas dan pelopor syarikat automotif HONDA? Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama ini adalah SOICHIRO HONDA.




Soichiro Honda adalah seorang usahawan automotif terbesar berasal dari Jepun yang lahir pada 17 November 1906 di Hamamatzu, Shizuoka, Jepun. Terlahir bukan dari keluarga kaya, membuatkan dia dibesarkan dalam keadaan yang bersahaja dan penuh disiplin. Kehidupan seorang yang bernama Honda banyak dilalui dengan bekerja membantu ayahnya menjalankan bisnes membaiki basikal.

Namun ada satu perkara yang luar biasa dari Honda. Dia telah bekerja di usia 15 tahun di Tokyo, saat itu Honda memutuskan tidak mahu meneruskan persekolahannya. Dia bekerja di sebuah bengkel Art Shokai. Pengalaman bekerja inilah yang banyak memberi pengaruh kepadanya.


Perlahan-lahan karier Honda mulai berubah, bermula benar-benar dari bawah lama kelamaan dia sudah terbiasa dan menjadi luar biasa dalam bekerja, mampu memperbaiki banyak kereta, ditugaskan ke luar bandar dan banyak prestasi memuaskan dari Honda dalam pekerjaannya.

Pada April 1928 di usia 22 tahun, Soichiro Honda telah berhenti bekerja sebagai mekanik dan membuka cawangan Art Shokai di Hamamatsu . Lama kelamaan usaha dari Honda terus berkembang, jumlah pekerja yang bermula hanya satu orang terus bertambah hingga mencapai lebih dari 30 orang. Memandangkan Honda adalah  seorang yang tidak cepat berpuas hati, beliau terus berinovasi. Dengan pelbagai matlamat dan gagasan, Honda menjadi semakin terpanggil menjadi ahli mesin yang luar biasa.

Pelbagai idea produk yang dia miliki cuba dikerjakan, banyak inovasi yang  telah dia dilakukan. Salah satunya adalah pemasangan mesin pada basikal (idea inilah yang menjadi motosikal). Akhirnya pada September 1947 tertubuhlah Honda Motor Company .


Di awalnya, memang produk-produk Honda sangat diminati dan angka jualan cukup tinggi, namun kerana ketidakpintaran dalam menguruskan kewangan Honda Company mengalami kriris kewangan. Krisis itulah yang membuatkan Soichiro Honda bertemu dengan Takeo Fujisawa yang banyak berperanan dalam membangunkan syarikat Honda.

Dengan terus berinovasi, kini Honda menjadi antara produk kenderaan bermotor dan mesin yang canggih di dunia. Banyak produk-produk Honda yang sangat bermanfaat dan memudahkan kehidupan kita, sudah seharusnya kita masyarakat Malaysia juga banyak belajar dari masyarakat Jepun dalam membuat pembaharuan, berniaga dan mengembangkan lagi taraf kehidupan .



Passion Itu Perlu 

Siapa sangka Soichiro yang sejak kecil sudah mengagumi kereta dan mesin mampu menjadi seorang usahawan besar yang luar biasa berjaya! Sejak kecil Soichiro sudah mempunyai banyak idea dan impian. Kecintaannya (passion) pada dunia mesin memang telah menjadikannnya begitu luar biasa.

Bahkan pada tahun 1914 (usia Soichiro 8 tahun), dia rela mengejar sebuah kereta dan kerana tidak terkejar dia mencium bau minyak kereta yang jatuh di jalan. Memang nampak memalukan tapi itulah yang dinamakan semangat dan passion.

Kerana passion yang begitu besar dalam dunia automotif, Socihiro sudah bekerja di bengkel sejak usia 15 tahun. Dalam usia yang sangat muda dia mula belajar dan dari sanalah dia terus berkembang sehingga mampu menjadi seorang yang luar biasa berjasa bagi perkembangan kehidupan kita.

Oleh itu, setiap dari kita pasti mempunyai minat di dalam bidang tertentukan? Kadangkala hobi atau minat kita itu akan menjadi lebih baik apabila kita arahkan ia untuk sesuatu yang positif. Mulai dari sekarang berghairahlah dalam melakukan kegiatan yang anda sukai, lakukan sesuatu yang baik dan mudah- mudahan dari situ boleh muncul idea-idea dan tindakan untuk meraih lebih banyak sukses.

Hidup Ini Action

Salah satu perkara yang sangat saya kagumi tentang Soichiro adalah dia sangat berani bekerja di Tokyo meskipun baru berusia 15 tahun dan tanpa diberi pendidikan formal yang mencukupi. Dan dari keberanian itulah dia mampu meraih banyak kejayaan.

Jadi, kepada anda yang bersekolah, mempunyai pendidikan yang tinggi, lulus universiti, sudah bekerja, kenapa anda tidak bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Honda? Jangan takut.. hidup dimana-mana pun ada risiko.


Jangan Mudah Menyerah

Pada pertengahan tahun 1940-an, Perang Dunia II melanda dan saat-saat itulah usaha Soichiro mulai tumbuh. Bengkel dan usahanya mula berkembang pesat namun perang yang amat besar juga memberi kesan pada perniagaannya. Kilangnya terbakar, hingga akhirnya dia terpaksa mendirikan labolatorium dari serpihan barang yang sudah tidak terpakai lagi.

Bukan hanya perang, banyak rintangan lain yang menjadi ujian ketahanan perniagaan Honda, mulai dari jatuh sakit, kebakaran kilang, krisis akibat perang dan banyak lagi .

Namun berkat ketahanan dan usahanya untuk bertahan itulah , Honda sudah terbiasa menghadapi situasi-situasi sulit. Dan tentu saja pengalaman tersebut menjadi ianya lebih bermanfaat bagi kejayaan perniagaannya. Jadi, jangan pernah ada rasa putus asa.

Sebagai penutup artikel, saya kongsikan sebuah titipan dari Soichiro Honda.

"Orang melihat kejayaan saya hanya 1%, tetapi mereka tidak melihat 99% kegagalan saya!" 



Sumber Foto: Google

Busuk!