Seronokkan Diri

Keseronokan adalah sesuatu yang kita cipta. Oleh itu, seronokkan diri atau gembirakan diri ketika kita belajar, kita bekerja mahupun berada di satu-satu tempat. Jangan ada banyak kritikan dan keluhan yang boleh membunuh keseronokan kita.

Apa saja boleh berlaku. Nothing Impossible. Formulanya hanya dengan kerajinan, minat, ilmu dan strategi. Anggap apa yang dilakukan sebagai hobi supaya mudah untuk kita lakukannya tanpa pernah ada rasa tertekan. Sebagai manusia biasa, sikap kita yang memainkan peranan. Setiap perkara akan menjadi lebih mudah bila kita menganggapnya sebagai hobi.


Sesuatu perkara yang dilakukan dengan seronok akan menjadikan kita sentiasa bertenaga untuk melakukannya. Justeru itu daripada sibuk memikirkan hal orang lain, lebih baik kita fokus kepada usaha memajukan diri sendiri. Kita mesti menganggap pelajaran, kerjaya ataupun perniagaan yang dilakukan sebagai satu hobi yang amat menyeronokkan.

Segala-gala yang ada di dunia ini, semuanya bermula dengan niat. Niat membawa maksud cita-cita berserta dengan perbuatan. Kalau bercita-cita saja tanpa diiringi dengan perbuatan maka hal yang demikian itu lebih bersifat angan-angan. Jadi fikirkan apakah NIAT kita?

Oleh itu, sasaran yang ingin dicapai mestilah seimbang dengan keperluan-keperluan diri kita yang lain seperti pembangunan diri sendiri, kesihatan diri dan kebajikan keluarga. Jaga diri dan keluarga seperti mana kita menjaga pekerjaan kita. Buatlah sesuatu dengan benar agar kewangan yang kita perolehi benar-benar membawa keberkatan pada kehidupan diri kita. Hal yang demikian akan menimbulkan keseronokan bekerja kerana kita berjaya menyeimbangkan antara tuntutan pekerjaan dengan tuntutan diri dan keluarga.

Biarlah setiap pagi kita bangun dari tidur dengan rasa yang tatkala memikirkan pelajaran, kerjaya atau perniagaan yang diceburi itu, sentiasa ada dalam diri kita bahawa.. "Hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini".

Percayalah, sekiranya kita SERONOK..keletihan kita akan HILANG!

Salam sayang.


Busuk!