Usah Cemburu Dengan Rezeki Orang Lain

Seringkali kita melihat mereka yang berjaya ada segala-galanya.

Kereta besar,  
Kereta mewah,
Rumah besar, 
Rumah mewah,
Isteri cantik, 
Suami kacak,
Kerjaya dashyat,
Anak-anak yang comel, 
Berjaya dalam pelajaran,
Berjaya dalam kerjaya... 

Kita merasakan mereka itu ada segala-galanya. Tidak seperti kita yang diuji itu dan ini. Masalah dan tekanan hidup itu dan ini.

Tapi bila dihampiri mereka yang berjaya ini baru kita tahu mereka sendiri tak merasa pun mereka sudah berjaya. Mereka tak merasa pun yang mereka dapat apa yang mereka nak.

Yang berjaya dalam pelajaran berkata mereka tak dapat sambung belajar kursus yang mereka nak.

Mereka yang dapat isteri yang cantik kata isteri mereka tak boleh beranak ramai sebab doktor kata boleh setakat 3 orang saje sebab semua anak bersalin secara operation so tak boleh pregnant dah.

Mereka yang dapat suami kacak kata suami mereka jarang berada dirumah. Ada juga yang kata suami ada skandal diluar.

Mereka yang ada kereta besar kata mereka tak selalu dapat balik kampung jenguk mak ayah sebab sibuk.

Mereka yang ada rumah besar dan mewah kata anak-anak mereka semua duduk jauh-jauh, rumah jadi sunyi.

Mereka yang ada karier hebat kata mereka tak selalu dapat luangkan masa dengan anak-anak.

Mereka sangat terkilan dengan hidup mereka dan mereka sentiasa harapkan mereka dapat apa yang mereka nak.




Begitulah kita semua. Kita nak itu dan ini. Nak mertua dan ipai duai yang baik. Nak pelajaran yang bagus. Kekasih yang bagus. Nak kerja bagus dengan income yang bagus. Nak pasangan hidup yang hebat. Macam-macam yang kita nak tapi kita rasa macam kita tak dapat. Kita cemburu dengan orang lain yang kita rasa mereka dapat apa yang mereka nak.

Sebenarnya jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada maka hidup kita akan jadi lebih indah. Berusahalah untuk dapat apa yang kita nak dan jika tak dapat lagi maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada kini.

Kita akan jadi orang yang paling kaya di muka bumi ini. Kaya jiwa dan ketenangan hati. Kaya dengan rahmat dan keberkatan hidup dari Allah.

Hidup mesti diteruskan. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dari cemburu dengan apa yang orang lain ada kerana apa yang kita ada dan apa yang kita dapat biasanya itulah yang terbaik untuk kita! Usahlah kita cemburu.

Salam sayang.



Busuk!