Salam sejahtera..
Sebagai tanda sokongan, malam ni saya luangkan sedikit masa untuk menyertai Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? yang dianjurkan oleh blogger muda lagi hebat yang amat saya kagumi iaitu Achik @ AkuPenghibur. Segmen ini berlangsung selama 3 minggu dan akan berakhir pada 28hb Disember ini. Kepada yang ingin turut serta bolehlah klik banner diatas ye.
Hadiah-hadiahnya:
- 1 Blog Akan di Review Akupenghibur.com
- 10 pemenang Set Sarung Bantal Dan Sarung Tisu oleh wirdaamir-world.blogspot.com
- 10 pemenang fridge magnet oleh dakuamatmenyintaimu.blogspot.com
- 2 X RM 5 Top up
Kenapa Saya Jadi Blogger?
Ceritanya begini..saya mula berblog pada bulan April 2013 iaitu baru dalam 7 bulan. Tujuan utama boleh terjerumus dalam kancah blogging ini sebenarnya lebih kepada ingin berkongsi maklumat dan ilmu. Saya nak orang lain juga tahu apa yang saya tahu. Saya sangat berharap semoga ilmu yang sedikit ini mampu membawa perubahan dan manfaat kepada orang lain. Saya suka menulis, walaupun masih merangkak dalam bidang ini sekurang-kurangnya saya ada platform untuk mengembangkannya. Disamping itu, dapat juga saya berkenalan dan menjalinkan ukhuwah persahabatan di alam maya ini.
Kalau diikutkan dengan masa saya dengan kerja-kerja pentadbiran dan akaun perniagaan yang ada, masa saya menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak lagi..memang kelam kabut haru birulah jugakan.. dan saya sendiri adakala tiada masa untuk diri kerana saya memang tidak pernah ada pembantu rumah.
Tetapi bila difikirkan kembali, saya buat semua itu hanya dirumah sahaja. Hanya seminggu atau 2 minggu sekali sahaja saya pergi ke pejabat untuk menguruskan apa yang perlu disana. Selebihnya saya hanya berinteraksi dengan pekerja saya melalui telefon, email, wechat dan lain-lain. WORK AT HOME MOM laa katakan.
Jadi apa salahnya saya cuba jinakkan diri dengan blog. Walaupun bukan setiap hari saya mengemaskini entri tetapi saya cuba, bagi saya tidak mengapa, bukan duit dan trafik yang dikejar.. asalkan perkongsian saya dapat menambah nilai hidup orang yang membaca, itu sudah memadai bagi saya. Saya percaya "The more you give, the more you will get." Lebih banyak kita memberi dan berkongsi ilmu, lagi banyak ilmu baru yang akan kita terima.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang lain. Blog-blog anda juga merupakan sumber inspirasi yang terbaik buat saya. Banyak yang saya belajar dari kalian semua.
Salam sayang.