Kita Akan Dipersoalkan Tentang Apa Yang Kita Tulis

Dewasa ini, menyaksikan munculnya medium-medium penulisan yang pelbagai. 




Munculnya Facebook, Twitter, Blog, dan sebagainya, menjadikan kesemuanya seakan lidah kedua buat insan dalam menyampaikan kritikan dan pandangan, melontarkan idea dan sebagainya.

Dalam keterujaan kita menulis, atas alasan apa sekalipun sesuatu penulisan itu dihasilkan, adakah kita pernah terfikir yang kita pasti akan ditanya berkenaan apa yang kita tulis ?

Jika kita memanfaatkan medium-medium ini dengan menulis perkara-perkara kebaikan, mudah-mudahan kita memperoleh ganjaran pahala dan kebaikan. Insya Allah..

Jika kita menyalah gunakan medium-medium ini dengan menulis perkara-perkara yang boleh menimbulkan permusuhan, perbalahan, cercaan dan makian, ia secara tidak langsung hanya menambahkan saham dosa kita yang tersedia ada.

Kerana itu, hati-hatilah dalam menekan butang 'ENTER' di komputer, laptop, tab, dan sebagainya.

Kerana sesuatu penulisan tidak akan terpapar jika kita menekan butang selainnya.

Sebelum menekannya, fikirkan sejenak.

Atas tujuan apa aku menulis/menaip ?

Baik dalam memberi komentar, kritikan, dan seumpamanya.

Adakah supaya aku ini dilihat berilmu ?

Adakah supaya aku ini dilihat sebagai jagoan ?

Percayalah kawan-kawan, jantung hati yang rosak akan menghasilkan penulisan yang tidak bermanfaat.

Benar kata Sufyan at- Tsauri:

"Tidak aku rawati suatu pun melebihi rawatanku terhadap niatku."

Dalam keterujaan kita menulis, selepas segala ayat disusun kemas, dengan bahasa yang jelas.

Lalu kita menekan butang 'ENTER'.

Para pembaca membacanya dengan interpretasi yang berbeza.

Ada yang bersetuju, ada yang sebaliknya.

Boleh jadi tulisan yang dihasilkan akan menyebabkan kebinasaan yang besar.

Boleh jadi juga manfaatnya ada tetapi sedikit cuma.

Cuma, renungkanlah kata-kata Allah ini:

"Pada hari ini, telah kami kuncikan mulut-mulut mereka. Kami menjadikan tangan-tangan mereka itu bercakap, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan"

Ya ! Tangan yang sama kita gunakan untuk menimbulkan kerosakan, perpecahan, cercaan, sindiran, cacian dan makian melalui penulisan itu, tangan itu jugalah yang akan berkata-kata menceritakan segala perbuatan yang telah kita kerjakan sama ada lisan, amalan mahu pun tulisan.

Maka, tahanlah tangan itu dari menulis sesuatu yang tidak bermanfaat.


Salam sayang.




Busuk!