Entri petang ini diterbitkan berdasarkan status Denaihati Ilhamku di Facebook semalam. Sebenarnya semalam saya dah mula draft entri ini tetapi baru sekarang ada masa untuk menghabis dan menerbitkannya..
Jadi disini saya ingin menyenaraikan 10 entri popular blog ini bagi bulan Ogos 2013.
Alhamdulillah.. majlis jamuan rumah terbuka yang saya, suami dan rakan kongsi anjurkan pada tahun ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan meriah sekali berbanding tahun-tahun sebelum ini.
8 kemahiran ni sangat penting bagi seorang usahawan. Saya ringkaskan dalam bentuk point supaya ia mudah difahami.
8. Bangkitlah!
Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dari lena dan mimpi yang panjang.
Filem-filem yang disenaraikan ini mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi seorang usahawan.
Pelik bunyi tajuk di ataskan sebab sudah tentulah kita bekerja untuk mendapatkan duit tapi cuba kita renung sekejap point-point penting di dalam entri ini.
Walaupun negara kita telah MERDEKA selama 56 tahun namun BANGSA MELAYU masih belum berjaya berdikari dan masih GAGAL dalam banyak perkara..
Melalui insan ini, sebenarnya Allah cuba untuk mengetuk minda dan motivasi kita sebagai manusia yang serba sempurna ini untuk mengeluarkan kehebatan diri kita.
THE POWER OF BRANDING.
Aaron Aziz berjaya meletakkan nama dan imejnya sebagai jenama yang kukuh. Reputasi adalah WANG. Tidak hairanlah banyak pihak mahu melantik Aaron Aziz sebagai duta bagi mempromosikan produk-produk mereka!
Diharap dengan adanya segmen ini, saya dapat mengenali lebih ramai pembaca, blogger baru dan lama selain kita dapat bertukar pandangan, idea dan pendapat.
Dan entri inilah yang mendapat jumlah view terbanyak pada bulan Ogos yang lepas. Tragedi menyayat hati tentang pembunuhan beramai-ramai di perhimpunan aman di Rabiah Adawiyah Mesir ini masih berlarutan sehingga kini.
InsyaAllah, untuk bulan September ini, saya akan kongsikan lebih banyak entri yang bermanfaat untuk semua.
Salam sayang.