Bila terjadi kes isteri rasa besar kepala atau..isteri rasa meninggi diri dari suami...sehinggakan dah tak boleh nak respect suami..rasa lebih kaya dari suami..rasa income tinggi sangat dari suami..rasa bagus sangat dalam perniagaan..lebih terror dari suami..rasa segala kekayaan dan kemewahan datangnya dari isteri,bukan atas penat lelah suami.....
Lama-kelamaan, datanglah si 'budak kecik' tu menghasut...Ya lah..engkau yang bersusah payah bekerja,berpenat lelah ke sana ke sini..sebelum subuh dah bangun pagi buatkan breakfast dan lunch sekali untuk anak-anak,kemudian berlari ke sana sini berjumpa client atau berbisnes sehingga ke petang, balik ke rumah tak habis-habis kerja sehingga ke lewat malam... terasa bagaikan Superwoman..I can do anything!!..I can do everything!...
Akhirnya,lemah jugak godaan terhadap si 'budak kecik' yang selalu datang berbisik...Kau Superwoman!...Kau Hebat!..Kau yg bekerja kuat, segala kekayaan dan kemewahan ini..kau yang berhak!..Kau lebih hebat dari suami kau!...Ha ha ha ha...(mode: setan gelak..).
Itulah dia yg selalu berlaku bagi wanita-wanita yang berbisnes keseorangan tanpa suami di sisi. Dulu saya pun macam tu,tapi bukan semasa dah start berbisnes..kejadian ini berlaku sebelum saya terlibat dalam bisnes, tetapi semasa alam pekerjaan lagi.
Almaklumlah gaji lebih dari suami..mula-mula memang sama-sama gembira,
sama-sama berkongsi kebahagiaan..tapi makin lama makin hilang rasa itu.. mulalah rasa riak..tinggi diri, ego, rasa lebih bagus dari suami... itulah kelemahan dan kesilapan saya dulu...
Keadaan ini bersambung juga sehingga berbisnes..mula-mula pinjam duit suami, beli minyak kereta.. beli barang2 buat modal..tapi bila dah pegang banyak duit..MasyaAllah..tak ingat dunia..masa tu baru pegang rm5K-10K..itulah godaan jugak masa tu..
Tapi...alhamdulillah, atas ajaran Ibu Bapa & Tok...kena selalu ingatkan Allah..saya pun rasa tak sedap hati..rasa macam tak boleh jadi ni, bila pegang duit banyak rasa macam dunia ini aku yang punya.. Tapi bila berbalik pada Maha Pencipta..mula ternampak segala kelemahan, segala kekhilafan,segala kepincangan.
Sejak dari itu,walaupun saya yang menjalankan bisnes, suami masih bekerja..tetapi segala urusan kewangan saya serahkan pada suami..Teringat saya pernah berkata pada suami,saya nak dia yang pegang semua duit sale ni. Segala perbelanjaan, tak kira perbelanjaan berkaitan bisnes atau rumahtangga, saya nak mintak dari dia..bukan dia yang mintak dari saya kalau dia tak cukup duit. Saya nak rasa lebih respect pada suami..saya nak rasa lebih bergantung pada suami..saya nak rasa kenikmatan bersandar pada suami...saya nak rasa dia bertanggung jawab.. barulah terasa dia benar-benar KETUA KELUARGA!..
Jadi yang saya nampak, bila kes seperti ini berlaku,ramai isteri yang tak cepat sedar kesalahan mereka..masih ego dengan kekayaan mereka, dengan keuntungan mereka.. sedangkan kalau tak mendapat restu suami semua tu akan hancur musnah bila-bila masa saja!..
Saya rasa menjadi isteri, sama ada kita berbisnes atau tidak, kita harus meminta wang dari suami..bukan sebaliknya. Patutlah orang zaman dulu,isteri hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga..dan suami pula keluar mencari rezeki..Kan kah cantik jika begitu?
Apa yang boleh kita sebagai isteri buat untuk suami kita HEBAT ialah:
-seringlah memberi kata-kata semangat kepada suami untuk berbisnes,
-selalu memuji-muji suami di atas keputusan yang dibuat,
-tunjukkan dan biarlah dia merasa dia sangat powerful..
-kita kagum dengan dia..
Kalau sama-sama berbisnes pula, biarlah dia yang ke depan, kita tak perlu menonjol sangat, kita menjadi tulang belakangnya di belakang tabir sahaja.
Biar dia dilihat sebagai orang yang hebat!...Barulah dia akan terasa yakin,dan seterusnya dialah yang akan kemudikan perniagaan kita bersama..
Ini tidak, bila isteri ada banyak wang, isteri rasa megah diri, tolak suami ke belakang..merendah-rendahkan suami di depan orang..bukankah itu menghina suami?..ada jugak orang yang sanggup menghina suami sendiri ya?..
Jadi lama-kelamaan suami yang nasib malang ini menjadi lemah semangatnya, menjadi tidak bermotivasi, menjadi rendah diri..menjadi tiada matlamat hidup..menjadi kecewa..dan yang paling ditakuti..menjadi semakin MALAS untuk hidup dan berimpian!..
Ramai para suami sekarang yang menguruskan rumah tangga dan si isteri bekerja atau berbisnes..Tidak salah, sememangnya tidak salah kalau si suami masih kuat sebagai ketua keluarga dan masih mempunyai KUASA!..
Kuasa sememangnya terletak di tangan suami,bukan isteri!..
Tetapi jika isteri yang mempunyai KUASA melebihi suami...habislah.. ditakuti semuanya hancur nanti!..
Sekadar ingatan semoga ianya membawa kebaikan kepada kita bersama.
Credit kepada kak Anis CMC.
Anda pernah makan kek coklat yang sedap ini?
Kalau belum, anda tersangatlah rugi!!!
Jika anda nak rasa kesedapannya, anda boleh dapatkan kek ni di kedai MESRA di stesen-stesen Petronas atau pun anda boleh hubungi 013-3566966/019-3569666. Nak jadi rakan niaga,pengedar atau agen pun boleh. Untuk keterangan lanjut boleh ke FB Page Anis Choc Moist Cake.
Salam sayang.