Tip Bisnes : Tambah Nilai Bisnes Anda

Assalamualaikum..

Saat paling menyeronokkan apabila berniaga adalah melihat tingkah laku pelanggan yang seronok berurusan dengan bisnes kita.

Adakah anda mahu tahu rahsia disebalik ini?

Rahsianya adalah...

Kuasa Add-on Value ( Tambah Nilai Bisnes )

Jangan kedekut untuk menambah nilai dalam perniagaan kita. Walaupun kita hanya berniaga kerepek, karipap atau semurah-murah tudung.

Apabila kita mahir menggunakan strategi add-on value dalam perniagaan, saya percaya pelanggan akan terus melekat dengan kita.

Apakah contoh add-on value?

Jika anda menjalankan perniagaan tudung, anda boleh menyediakan khidmat nasihat fesyen menggunakan tudung secara PERCUMA.

Ia bukan sahajaberjaya menambah nilai dalam perniagaan kita, malah ia dapat dijadikan sebagai satu senjata kukuh untuk mengasingkan bisnes kita daripada pesaing lain.

Sentiasalah fikirkan bagaimana untuk menambah nilai dalam bisnes sendiri. 

Contohnya:

-Servis penghantaran percuma.
-Beli 3 percuma 1.
-Khidmat nasihat produk secara percuma sepanjang hayat.
-Dan lain-lain lagi.

Beritahu dan war-warkan perkhidmatan yang kita sediakan secara PERCUMA kepada pelanggan.

Maklumlah orang kitakan memang sukakan benda/barang yang FREE!

syuhada1981.com, tips bisnes, idea perniagaan


Salam Sayang.

Busuk!