Bisnesman Cina Yang "Gila"

Ada seorang lelaki Tionghoa datang ke bank di New York City.

Lelaki ini mahu pinjam duit sebanyak USD5,000 dolar dengan bank.

Beliau gunakan duit itu untuk menampung kos perjalanannya ke China. 
Atas urusan bisnes.


Gila dan Bodoh


Pegawai bank yang menguruskan pinjaman lelaki itu minta barang sebagai jaminan.

Lelaki itu bersetuju. Beliau berikan kereta Ferrari miliknya sebagai jaminan.

"Gila!"

Perkataan yang terkeluar daripada pegawai bank itu. 

Kereta Ferrari bernilai USD1 juta dijadikan sebagai jaminan untuk pinjaman serendah USD5,000 sahaja.

Pegawai bank menganggap lelaki Tionghoa itu kurang bijak.


Si Gila Yang Bijak


Selepas mencapai persetujuan bersama, kereta itu disimpan dalam garaj bawah tanah milik pihak bank.

Selepas 2 minggu, lelaki Tionghoa itu kembali ke bank.

Beliau bayar USD5,000 beserta nilai bunga sebanyak USD15.41 dolar.

Pegawai bank itu ucapkan terima kasih atas kerjasama yang berjalan dengan lancar.

Kemudian beliau bertanya kepada lelaki itu,

"Kami dapati tuan adalah seorang jutawan. Kenapa tuan buat pinjaman USD5,000 daripada pihak bank?"

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berkata,

"Di mana lagi tempat parking di New York City yang boleh saya gunakan, untuk simpan kereta dalam keadaan 100% selamat..."

Tambahnya lagi,

"Dengan hanya bayaran USD15.41 selama 2 minggu?"

Lelaki Tionghoa ini mengamalkan teknik pinjaman cerdik.

Beliau tetap untung kerana dapat berjimat ribuan ringgit!


syuhada1981.com, perniagaan, tips buat loan, pinjaman bank





Busuk!