Berilmu Sebelum Beramal

Assalamualaikum..


Apakah matlamat hidup anda?
Apakah yang anda ingin capai?
Kebahagiaan?
Kejayaan?
Kekayaan?


Kita bekerja ke, berbisnes ke, melabur ke, semuanya itu cara kita nak majukan ekonomi diri dan keluarga. Betul tak? 

Lebih besar lagi, kita sama-sama majukan ekonomi negara. Usah risau dimana kita sekarang.

Apa yang penting, duduk betul-betul tanya diri sendiri apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup. Lepas tu usaha ke arah tu. Nak usaha nilah kena belajar sana sini, berguru sana sini, baca buku, pergi seminar, dengar ceramah...

Jika kita bekerja, tambah ilmu dengan pergi kelas ikut apa yang kita nak capai dalam hidup. Kalau nak jadi pengusaha restoren, ambik cuti pergi menuntut dengan mereka yang faham selok belok restoran, bisnes, belajar pengalaman mereka.

Kalau nak belajar buat duit dengan blog, pegilah tanya mereka yang pakar dalam dunia blogging ni bagaimana mereka menjana duit melalui blog dan bisnes internet.

Anda boleh rujuk dengan tuan HasrulHassan, tuan RajaKamil, tuan DenaiHati, tuan Titan, MrJocko, YanmieOnline, Kak Kujie, tuan Sohoque dan ramai lagi. 

Ada ilmu yang percuma dan ada juga yang berbayar kerana disitu ada nilai harga dan penghargaan. Sebab itulah ianya dijual. Jika semuanya nak bagi free, dijangka akan kuranglah momentum kesungguhan untuk belajar!  

Apepun, bergantung juga kepada motivasi diri individu itu sendiri.

Pelaburan wang ringgit dan harta kalau berniat untuk mencari ilmu, InsyaAllah, sangat besar nilainya. 

Hanya dengan ilmu saja hidup kita boleh berubah.

Hanya dengan ilmu saja hidup kita akan jadi luar biasa.

Ya...gain the knowledge first! Baru labur duit untuk buat bisnes itu ini. Elakkan labur duit kemudian tunggu umpan mengena. Sayalah orang tu dulu. Bila kita faham apa yang kita buat, we own our money! Bila kita tak faham, itu tandanya kita relakan duit kita pergi.

Jadi elak daripada salahkan orang lain. Tuding jari ke sana ke mari. Dulu saya kurang faham dan 'keep blaming' orang lain.  Sekarang, bila dah faham, tiada siapa yang boleh disalahkan melainkan diri sendiri dulu. 

Kalau hendak berjaya, lihat kegagalan sebagai cabaran untuk menguatkan diri sendiri. Sebab itulah bagi saya ilmu sangat penting sebelum buat apa-apa.

Gain the knowledge first!

Knowledge make people look different!



syuhada1981.com, berilmu sebelum beramal, ada apa dengan ilmu, tips motivasi


Salam Sayang.



Busuk!