Health Is Wealth.

Assalamualaikum..

Hari ni saya 'bersiaran' dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Ampang. 

Maaf tiada entri untuk 2-3 hari ini kerana saya 'dipaksa berehat dan bercuti' di wad akibat kelalaian diri sendiri. Hehehe.. 


Inilah akibat kalau tak cukup rehat dan tiada masa untuk diri sendiri sepanjang 2-3 bulan kebelakangan ini. Asyik sibuk dengan kerja dan rutin harian sehingga mengganggu kesihatan.

So, alang-alang dah admitted ni, saya buat full medical check up, dengan ecg test, lung functioning test, ultrasound test dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya baik2 sahaja. 

Apa yang saya ingin pesan di sini kepada anda semua, jagalah kesihatan masing-masing sebab bila kita dah jatuh sakit ambil masa untuk pulih, lagi banyak urusan yang terganggu, macam saya pula dengan anak2 kecil lagi di rumah. Nasib baik ada keluarga yang membantu. 

So, better kita prevent than cure kann.. Cegah lebih baik dari merawat.

Jaga pemakanan,sayangilah organ-organ dalaman kita. 

Ok, saya taknak membebel panjang2 kerana saya bukanlah pakar kesihatan. 

Lagipun doktor tak benarkan saya surfing internet sangat..diminta rehat sepenuhnya. Ni pun curi-curi update. Hehehe~

Moral of the story is::

HEALTH IS WEALTH.

Salam sayang! 

Busuk!