1. Pekerja bank yang memberi hutang kepada orang juga mengalami masalah hutang.
2. Pencuri juga mengunci rumah mereka, pencuri juga mengunci kereta mereka.
3. Walaupun seorang pencuri / perasuah mendapatkan wang dengan cara tidak halal tapi mereka tetap mahu bank yang terdiri daripada orang yang baik-baik untuk menjaga harta mereka.
4. Sesetengah doktor juga mengalami masalah kegemukan dan ketagihan rokok walaupun mereka selalu menasihatkan orang agar tidak melakukan benda yang sama.
5. Walaupun ustaz selalu menasihatkan orang ramai supaya membuat kebaikan, mereka juga tidak lari membuat kesilapan. Mereka juga manusia biasa seperti kita cuma mereka ada ilmu mengenal syurga dan neraka.
6. Polis juga tidak lari daripada disaman jika memandu dengan laju.
7. Mekanik yang selalu membaiki kereta mahal-mahal, atau salesman yang menjual kereta mahal juga tidak memiliki kereta yang mahal.
8. Jururawat selalu tension sebab diorang menjaga orang lain dengan baik, jaga bayi baik-baik, hakikatnya mereka juga selalu terpaksa mengabaikan keluarga demi tugas, kalau kena shift malam mereka terpaksa tinggalkan suami untuk jaga rumah dan anak-anak, mereka menjaga bayi-bayi dengan sangat baik di hospital, hakikatnya anak mereka sendiri terpaksa dipasskan kepada orang lain untuk dijaga.
9. Orang perempuan selalu memandang sebelah mata apabila mendengar lelaki masak, hakikatnya di kedai-kedai makan, kebanyakan tukang masak adalah lelaki, chef-chef yang terkenal juga ramai lelaki, hatta juri masterchef juga semuanya lelaki.
10. Jurulatih bola juga mungkin tidak tahu bermain bola tetapi mereka ada banyak strategi untuk menang di dalam pertandingan bola.
11. Seorang peniaga boleh menceritakan kehebatan sesuatu produk yang beliau jual yang mana mungkin dia sendiri pun tidak mampu untuk memiliki produk tersebut.
12. Tukang rumah boleh buat rumah cantik-cantik tetapi rumah dia sendiri pun tidak cantik.
13. Tukang jahit boleh design dan jual baju mahal-mahal, tetapi dia sendiri pun pakai baju bundle sebab kalau dia sibuk design baju dia sendiri, takdelah duit masuk, kalau design baju orang duit ma$$$yuk.
Hehehe..sekadar renungan di petang hari.
Salam sayang.