Seperti yang kita semua sudah maklum, Mesir kini sedang bermandi darah!!
Sisi telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di perhimpunan aman di Rabiah Adawiyah Mesir yang berlarutan hingga kini. Persengketaan di Syria dan Mesir memang di dalangi oleh Zionis kerana kedua-dua negara ini adalah bersempadan dengan Palestin. Zionis sedang "check-mate" Palestin terang-terangan.
YaAllah..jatuh airmata saya melihat gambar ini.
10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah
1. Mesir diisytiharkan DARURAT!
2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.
3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yang tercedera, termasuk dari kalangan kanak2, ibu2, & wanita2.
4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.
5. Ambulans & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan perhimpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.
6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.
8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.
9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana2 rakyat yang menyokong Dr Morsi.
10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing-masing menuju medan perang untuk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.
Semoga Allah melindungi kita semua.
Disini saya ingin kongsikan kata-kata nukilan saudara Zamir Aizat yang sangat terkesan dihati saya.
Antara Malaysia dan Mesir : Isu Sana Isu Sini.
Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.
Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.
Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.
Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.
Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.
Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.
Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.
Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.
Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.
Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.
Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.
Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana;
Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.
Disini saya juga ingin mewar-warkan mentor saya, iaitu Dr.Azizan Osman & Habib Syech Assegaff akan mengadakan majlis doa & selawat Burdah khusus hajat untuk memohon bantuan tentera Allah swt pada :
25 Ogos 2013/18 Syawal 1434H (Ahad)
8.00 pagi - 12.00 tengahari
di Pondok Baitul Quro', Sungai Udang, Melaka. (boleh rujuk peta dibawah)
Hadir dan turun beramai-ramai bersama keluarga. Tiada bayaran dikenakan.
Semoga Allah merahmati majlis ini.
Salam sayang!