2. Habiskan apa yang anda mulakan. - Orang yang biasa melakukan sesuatu separuh jalan akan biasa melakukan semua perkara separuh jalan juga.
3. Bersosial dengan mereka yang mempunyai minat yang sama serta minda positif yang sama.- Cuba perhatikan 5 kawan rapat anda adalah siapa? Adakah majoritinya positif atau sebaliknya?
4. Belajar untuk belajar dengan pantas di dalam mencari sumber atau maklumat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. - Orang yang berjaya adalah mereka yang tahu dengan pantas di mana atau dengan siapa mereka boleh dapatkan sumber maklumat yang betul jika mereka perlukan bantuan.
5. Buat sesuatu dengan menggunakan bakat dan minat anda. - Ini akan menyebabkan anda gembira melakukannya dengan lebih lama dan lebih intensif.
6. Sentiasa tingkatkan elmu pengetahuan anda didalam bidang atau industri yang ingin anda kuasai. -Lagi banyak yang kita tahu mengenai sesuatu perkara, lebih banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.
7. Berani ambil risiko. - Tidak ada istilah kegagalan melainkan bila kita berhenti mencuba. Kegagalan hanyalah satu proses mencapai kejayaan apabila kita belajar untuk memperbaikinya.
Credit: Dr.Azizan Osman