Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua tentang karier atau kerjaya kita. Pelik bunyi tajuk di ataskan sebab sudah tentulah kita bekerja untuk mendapatkan duit tapi cuba kita renung sekejap point-point penting dibawah ni..
Anda perlu bekerja kerana anda perlu belajar sesuatu. Jika anda bekerja kerana duit, biasanya anda tidak akan puas dengan apa yang anda terima. Betul tak?
Anda kurang gembira jika gaji anda lambat sehari dan anda akan tertunggu-tunggu duit yang akan diberikan. Ramai orang akan melakukan perkara yang sama. Meminta-minta dinaikan gaji, bonus setiap bulan dan setiap tahun. Berapa banyak pun yang anda dapat, ianya tidak akan cukup.
Ramai yang memilih untuk bertahan dalam kerjayanya kerana takut keselesaan yang ada sekarang terjejas, takut tak boleh bayar bil, takut kereta ditarik, takut tak boleh bayar pinjaman bank, takut itu dan takut ini.
Menyebabkan mereka sangat takut di pecat atau hilang kerja, takut terpaksa bermula dari bawah semula. Ramai orang menjadi hamba duit dan marahkan majikan sendiri.
Anda ada rasa tak puas hati dengan majikan anda sekarang? Selalu tak menyumpah dan mengata majikan anda? Semuanya majikan tak betul....kerana apa? Kerana majikan tidak menaikkan gaji anda walaupun sudah 5 tahun bekerja. Itu contoh.
Sedar atau tidak sebenarnya lama kelamaan anda bekerja kuat dan kuat untuk orang lain. Anda bekerja untuk kerajaan, anda bekerja untuk bayar hutang bank dan anda bekerja untuk majikan anda supaya anda mendapat lebih wang. Anda tidak bekerja untuk diri anda sendiri.
Putaran itu semakin ketat dan anda semakin takut dan tamak. Gaji anda dipotong setiap bulan untuk cukai, pinjaman dan sebagainya. Anda membeli itu dan ini dipotong cukai atau dikenakan faedah. Salah-salah cukai dan faedah juga bunga bank itu tetap berjalan walaupun anda telah meninggal dunia.
Jadi, sekarang bekerjalah. Tetapi anda bekerja untuk diri anda sendiri. Tanamkan difikiran anda yang niat anda bekerja itu adalah untuk belajar. Perbaiki dan tingkatkan kemahiran yang ada.
Carilah sebanyak mungkin elmu untuk kehidupan dan yang lebih penting anda bekerja untuk belajar.
Anda perlu belajar dari sekarang bagaimana "duit boleh bekerja untuk anda" dan bukan lagi bekerja untuk mendapatkan duit.
Nikmat apa yang lebih berkekalan?...
Bagi saya, apa lagi kalau bukan NIKMAT ELMU. Nikmat mencari elmu dan memahami elmu.
Pelaburan wang ringgit dan harta kalau berniat untuk mencari elmu, InsyaAllah, sangat besar nilainya. Terlalu besar nilainya, sehinggakan ada yang sanggup menjual kereta dan barang kemasnya untuk mencari elmu...
Hanya dengan elmu saja hidup kita boleh berubah.
Hanya dengan elmu saja hidup kita akan jadi luar biasa.
Hanya dengan elmu saja kita tahu nikmat kesyukuran, nikmat perkongsian dan nikmat kasih sayang.
Orang yang berjaya ialah orang yang banyak bergerak. Bergerak untuk mencari elmu dan bergerak untuk mengambil langkah.
Salam sayang,
Salam sayang,
[ Credit to: Coach Baharuddin Mohamed ]