Penangan Baju Melayu Aaron Aziz!

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi kisah peribadi sedikit. Dua hari yang lepas, saya dan suami berkesempatan mengunjungi butik pakaian JAKEL di Jalan Masjid India untuk membeli kelengkapan pakaian hari raya yang bakal menjelang. 


Antara yang paling hangat ialah Baju Melayu Aaron Azizlah kann..Terkejut juga saya tengok pihak Jakel melelong baju2 melayu tersebut. Setiap baju melayu yang dibeli, kita juga akan menerima sampin & butang secara PERCUMA! Haaa...dashyatkan.. Anda boleh tengok gambar-gambar dibawah ini bagaimana orang ramai berpusu-pusu memilih baju raya masing-masing.




Haa..di bawah ini pula saya kongsikan gambar suami saya yang juga rambang mata nak memilih baju-baju Melayu dan sampin-sampin yang sesuai.



Akhirnya kami memilih warna oren, biru dan pink untuk pakaian raya kami sekeluarga tahun ini. Sengaja beli lebih kerana tahun ni kami menerima banyak jemputan ke rumah-rumah terbuka.




Bila dah pilih baju melayu, haruslah pula memilih sampin yang sesuai. Dah settle baju papa, baju mama pula, lepas tu baju kurung anak-anak dara dan baju melayu anak teruna. Selama 5 jam kami berada disana! Tengok sampai terlena Ahmadhi menunggu kami...Kesian anak mama.. 

syuhada1981.com

syuhada1981.com
Akhirnya, inilah hasil tangkapan kami pada hari itu.
Alhamdulillah.


Saya nak sentuh sedikit pasal perniagaan disini. 

THE POWER OF MARKETING!  Pihak Jakel sangat bijak menggunakan Aaron Aziz sebagai duta dan pelaris baju melayu keluaran mereka. Kini sudah 400,000 pasang Baju Melayu Aaron Aziz telah berjaya dijual! 

Itulah pentingnya THE POWER OF BRANDING

Aaron Aziz berjaya meletakkan nama dan imejnya sebagai jenama yang kukuh. Reputasi adalah WANG. Tidak hairanlah banyak pihak mahu melantik Aaron Aziz sebagai duta bagi mempromosikan produk-produk mereka!

Jom, kita buat kira-kira sekejap, 400,000 pasang baju melayu darab dengan RM100 sepasang (purata) bersamaan dengan RM40 juta! Itu baru baju melayu, belum kira baju kurung dewasa, baju kurung kanak-kanak, baju melayu kanak-kanak, sampin eksklusif, kaftan, kain ela dan lain-lain lagi. Darab pula dengan 18 cawangan JAKEL seluruh Malaysia. Itu baru jualan dalam masa sebulan! Haaa..bestkan!

Apa yang menarik perhatian saya, semasa saya keluar dari butik tersebut saya lihat staff-staff Jakel memimpin tangan sekumpulan orang-orang buta yang mengemis (mengharapkan simpati orang ramai dengan menjual tisu) di sekitar kawasan Masjid India memilih baju-baju raya di butik itu. 

Maka tidak hairanlah saya dengan hasil jualan JAKEL yang berpuluh juta atau mungkin juga sudah mencecah ratusan juta untuk bulan ini kerana mereka bukan setakat menjual malah mereka juga beramal jariah, menambahnilai hidup insan-insan yang memerlukan..Itu yang saya nampak dengan mata saya sendiri, belum dikira dengan sumbangan-sumbangan yang lain. 

Bersedekah bukan hanya sekadar dengan duit sahaja, senyum, berkongsi elmu, bantu orang lain, nasihat juga merupakan sedekah. Bila kita dapat bantu orang lain secara tidak langsung ia juga dapat membina emosi kebahagiaan dalam diri kita.

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET.

P/S : Diberi makin berbaki, disedekah makin bertambah! Tahniah JAKEL !




Busuk!