10 Kesilapan Dalam Konsep Kewangan

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita rasakan yang kita tiada masalah. Hidup mewah, gaji besar dan berjawatan besar. Namun hakikatnya kita dikelilingi hutang yang tidak bagus atau nama manjanya liabiliti. Tapi kita masih enggan mengakuinya. Apabila dah parah barulah nak tergadah.

Baru nak mencari cara bagaimana nak selesaikannya. Bukannya tiada penyelesaian untuk kes bangkrap, tapi pengorbanan besar dituntut. Kenapa tidak beringat ketika masih berbahagia? Kenapa memilih derita sesudah bahagia? Percayalah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Disini saya ingin kongsikan 10 kesilapan dalam konsep kewangan.

1. Banyak sangat alasan. Muda lagilah, tak kahwin lagilah, anak tak besar lagilah, relax lah dulu dan bermacam lagi. Orang yang selalu tak nampak masa depan sememangnya punya banyak alasan.

2. Tiada matlamat hidup. Biasanya mereka ni tak reti nak tulis matlamat mereka. Bila kita tanya, mereka jawab ada matlamat, tapi dalam kepala. Come on, macam mana nak nampak kalau tak tulis. Kita perlu terjemahkannya didepan mata baru boleh nampak. Tulis dan tulis berulang-ulang.

3. Tiada disiplin diri. Ini lagi masalah. Tiada orang lain yang boleh paksa kita. Pergilah mana-mana seminar, workshop atau bacalah buku beribu sekalipun tapi kalau kita sendiri tidak mahu berubah, tiada disiplin, bagaimana mahu berjaya? Disiplin yang saya maksudkan disini adalah kita gagal nak buat saving/simpanan secara konsisten setiap bulan. Kalau simpan pun, dek kekurangan disiplin, tengah bulan keluar balik. Kenapa? Sebab gagal nak control cashflow bulanan kita sendiri. Percayalah memang tiada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri.

4. Tidak tahu konsep nilai. Duit yang kita dapat hasil gaji kita setiap bulan akan susut nilainya. Oleh itu amat perlu untuk kita melabur. Invest !

5. Tiada perancangan. Ini pun masalah. Matlamat tanpa perancangan khusus untuk mencapainya tiada gunanya. Perlu faham dan bertindak. Contoh, kita tidak tahu bila kita akan sakit, bila kita akan masuk hospital atau bila kita akan meninggal. So apa planning kita jika ini terjadi? Ada ambil medical card? Ada simpanan yang cukup untuk ahli keluarga kalau apa-apa terjadi pada kita? Sendiri mau ingat.

6. Inflasi oh inflasi. Apa persediaan kita didalam menghadapi situasi ini. Kita tidak boleh lari dari inflasi. Ia tetap akan berlaku. Tapi kita perlu bijak didalam menguruskannya. Sering kali saya katakan, tukarkan wang kita didalam bentuk aset seperti hartanah dan logam seperti emas atau perak.

7. Tidak mahu guna khidmat konsultant yang berbayar. Mahal katanya. Tapi sanggup pulak bayar mahal-mahal join skim cepat kaya. Bila dah kayap baru nak tergadah. Ada yang kerja kerajaan, senang nak dapatkan personal loan. Ambil sampai RM200K tapi buat labur dalam skim cepat kaya. Dah terhantuk baru nak cari cara macam mana nak selesaikan masalah. Biasanya kita lebih suka ubati penyakit berbanding mencegah penyakit.

8. Tidak sanggup nak buat kerja lebih. Maksud saya hanya bergantung kepada gaji. Tak mahu usaha sikit untuk mencipta multiple streaming of income. Memanglah semua ni kena belajar. Banyak kursus-kursus yang ada diluar sana untuk meningkatkan ilmu bagi merangsang kuasa tindakan. Tapi tak nak juga.

9. Urus duit tanpa ada ilmu. Tidak faham konsep sejelas-jelasnya sebelum mengambil sebarang tindakan. Bila dah nak buat loan tak lepas, baru tau betapa pentingnya ilmu itu dan apa yang kita buat selama ini silap.

10. Tiada rangsangan atau kuasa untuk bertindak. Baca buku dah banyak, attend seminar dan workshop dah banyak. Tapi masih duduk tang tu juga. Pasal apa? Bukan pasal ilmu yang dipelajari tidak bagus tapi pasal tidak mahu bertindak. Malas! So kena buang sikap negatf sebegini.

konsep kewangan-pengurusan kewangan-


Semoga bermanfaat.

Salam Sayang,



Busuk!