Bacalah..

Imej : Google


IQRA'.. itulah ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ia sebenarnya adalah kunci kepada segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti “Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu.

Ramai bakal usahawan menjadi “takut untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang sesuatu itu secara menyeluruh.

Mereka tidak nampak “the big picture”  bagaimana sesuatu perniagaan itu 
boleh dilakukan.



Ianya seperti menyuruh seseorang melalui sebuah lorong yang gelap-gelita, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak dibekalkan dengan apa-apa peralatan. 

Tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin, tidak ada kayu atau senjata untuk mempertahankan diri, tidak ada wisel atau jaket keselamatan, dan tidak ada apa-apa.

Sudah pastinya, akan muncul seribu satu persoalan dan ketakutan di dalam minda mereka. Betul tak?

Bagaimana jika ada jerangkap samar di hadapan?
Bagaimana jika ada perompak yang menyerang mereka di lorong tersebut?
Bagaimana jika ada binatang buas yang datang menerpa?

Disebabkan semua ketakutan itu, mereka akan mengambil keputusan untuk tidak mahu melalui lorong gelap itu.

Tetapi, bagaimana pula jika segala info dan maklumat mengenai lorong gelap itu telah anda ketahui dan anda dibekalkan dengan beberapa barang keperluan untuk melaluinya.

Anda tahu lorong gelap itu sepanjang 1 km.
Di penghujung lorong itu ada setimbun jongkong emas.
Anda juga dibekalkan peta, lampu suluh serta beberapa kelengkapan lain.
Anda juga sudah diberitahu, tidak ada sebarang ancaman binatang buas kerana sepanjang lorong itu telah di pagar dengan pagar keselamatan.

Sudah pastinya anda akan berasa sedikit lega dan lebih berani untuk melalui lorong gelap tersebut. Ye takk?

Begitulah juga halnya apabila anda mahu mula berniaga, anda perlu ada “peta serta peralatan asasnya”. Iaitu sedikit perancangan dan juga ilmu-ilmu asas untuk berniaga.

Anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu asas tentang perniagaan dengan membaca buku, hadir seminar, ataupun bertanya kepada orang-orang yang sudah berniaga.

Amaran : Jangan sesekali bertanya “bagaimana mahu mula berniaga?” kepada orang yang tidak pernah berniaga (sekalipun dia adalah ahli keluarga anda). Seringkali anda akan mendengar jawapan yang mengecewakan dan akan mematahkan semangat anda untuk mula berniaga.

Salam sayang.



Busuk!