Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014

Weehooo...sana sini orang memperkatakan tentang majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 


Apa itu SBB2014?

SBB2014 merupakan satu majlis gilang gemilang (anjuran Denaihati Network ) yang menghimpun dan merapatkan ukhwah diantara para blogger, penggiat media sosial dan juga pembaca. 

Disamping itu juga majlis ini akan diserikan dengan para panel yang terdiri dari otai-otai blogger kita iaitu BenAshaari, RedMummy, ShafieBustan dan ZarulHusin yang akan bersama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran masing-masing.





Seperti yang kita sedia maklum majlis tersebut akan diadakan pada 8hb Mac 2014 dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.30 petang bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, K.Lumpur.





Sepetang Bersama Blogger 2014 dan Yeo's  sebagai penaja utama juga telah menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit).




Tidak lupa juga hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini. Untuk melayakkan menang berbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai belasan ribu ringgit peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. 

Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad. 

Saya Juga Sudah Mendaftar! Anda Bagaimana??

Alhamdulillah, pendaftaran sudah dibuat. Jika tiada aral melintang, saya juga untuk pertama kalinya akan turut serta dalam majlis ini kerana saya juga tidak mahu ketinggalan mencedok segala ilmu blogging yang ada disamping dapat bersua muka dengan rakan-rakan blogger yang selama ini hanya berbual di alam maya saja. Walaupun perasaan segan itu ada tapi redah je laaa..Hehe..

Jadi, andai kata anda terserempak dengan saya nanti, jangan segan untuk bertegur sapa ye. Kalau anda segan, saya lagilah segan.. Hahaha~

Jika anda mahu tahu sebab-sebab mengapa anda perlu hadir ke #SBB2014 #SBBYEOS2014 ni, anda boleh klik SINI, SINI, SINI dan SINI.   

Jom, tunggu apa lagi klik la banner di bawah ini untuk pendaftaran.

Salam sayang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


P/S: Nak kena sediakan business card banyak2 ni..

Busuk!