6 Tips Untuk Kekal Produktif

1. Berjalan dengan "GERGASI". Luangkan masa. Cari masa untuk ikut mereka. Sentiasa ingat petua, kita akan menjadi seperti 5 orang yang paling kerap kita dampingi. Sentiasa bina pondok kecil di tepi istana besar. Lebih hebat kita bina banyak pondok kecil di tepi 5 istana besar.

2. Keluar dari ZON SELESA. Bekerja dengan kudrat perkasa dan semangat berganda. Depani ketakutan. Pindahkan rasa takut kepada kekuatan baru nan berganda. Petuanya lebih banyak risiko yang kita ambil sehari hari, lebih cepat kuasa diri kita berkembang.

3. Bina tabiat tahap genius. Bina tabiat hebat. PASAK KUKUH sekurang kurangnya 3 TABIAT HEBAT dalam kehidupan seharian. Mulakan hari sewaktu orang lain masih bermimpi.

4. Tentukan 5 MATLAMAT KECIL setiap hari. 150 matlamat kecil sebulan. Raikan apabila berjaya selesaikan 150 matlamat dan secara sengaja kita akan gembira ada hampir 2000 matlamat setahun. Buat LOG MATLAMAT kecil dan baca dengan gembira apabila ada masa. Ia kuasa yang mendorong kita untuk kaya dan berjaya.

5. AMBIL MASA BERSENDIRIAN. Sekurang kurangnya 30 minit sehari. Iktikaf. Duduk sendirian. Renung nasib diri. Muhasabah tujuan sehari hari. Berfikir bagaimana mahu lebih produktif. Bagaimana kita boleh memanfaat masa dengan lebih baik.

6. BACA sekurang kurangnya sebuah buku seminggu. Ia membantu kita untuk maju. Semua pemimpin membaca. Rasa Ingin Tahu mereka tinggi.


kekal produktif, kekalkan produktiviti, meningkatkan kemahiran kerja

Semoga bermanfaat.

Salam sayang.







Credit : Dato' Roslan Abd Hamid


Busuk!