Siapa Dr. Azizan Osman?

Assalamualaikum..

Entri ini ditulis kerana keyword dibawah telah dapat saya kesan ada di blog saya ini.

1. Dr.Azizan Penipu
2. Syarikat Dr.Azizan Osman bankrap.
3. Dr.Azizan menipu duit orang ramai.
4. Dr.Azizan kantoi menipu.
5. PHD Dr.Azizan palsu.
6. Dr.Azizan Osman bercerai.

Mungkin kerana saya banyak berkongsi ayat-ayat motivasi dan tips perniagaan dari beliau yang membuatkan keyword ini muncul di blog saya. 

Baiklah. Ini jawapan saya. Saya dan suami merupakan antara dua orang dari ratusan ribu anak didik beliau. Suami saya mula menghadiri kelas beliau sejak tahun 2010 lagi. Beliau merupakan antara MENTOR @ guru kami didalam perniagaan. Tahukah kalian semua yang beliau memiliki 24 syarikat

Jika hanya sekadar bercakap dengan air liur itu senang, apa kata anda pula buat program dan seminar percuma untuk seluruh masyarakat Malaysia belajar daripada anda pula bagaimana menjadi usahawan yang berjaya dan pastikan anda sendiri telah mempunyai perniagaan yang berjaya.

Manusia memang mudah benar melemparkan tuduhan itu dan ini tanpa usul periksa. Ramai yang suka fokus pada tenaga, masa dan wang mengkaji dan mencari serta menyebarkan hal atau masalah orang lain, apa kata kita kaji dan perbaiki masalah kita. Kalau benar pun ada kekurangan disana sini sepanjang atau selepas program, itu lumrah. Kerana tiada manusia yang sempurna di bumi ini. Lagipun memang sukar untuk puaskan hati semua pihak. Bukan mudah untuk mengendalikan program besar yang dihadiri beribu-ribu peserta.

Bukan saya mengagungkan beliau tetapi MULTIMILLIONAIRE mana yang sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun menurunkan segala elmu-elmunya dan mendedahkan semua rahsia, formula dan resepi kebahagiaan, kekayaan, kejayaannya kepada manusia lain terutama untuk bangsanya sendiri? Tunggu masa untuk kita bertindak sahaja!

Ingatlah, sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada ramai orang lain.

Beliau hanya ingin berkongsi elmu dan pengalaman jatuh bangunnya dengan mereka yang benar-benar mahu memperbaiki hidup mereka. Beliau berikan seminar percuma bersandarkan ilmu dan pengalaman beliau sendiri bukan melalui buku.

Jika anda ingin belajar lebih mendalam lagi, anda perlulah labur. Jika anda mahukan coach di gim pun, anda perlu labur untuk bayar coach tersebutkan? 

Jika anda tidak mahu atau bukan orang yang serius untuk memperbaiki hidup anda atau anda memang rasa selesa dengan kerja atau gaji anda sekarang, anda teruskanlah hidup anda. Tidak perlu mencanang pelbagai cerita yang tidak benar.


dr azizan penipu, dr azizan kantoi menipu, dr azizan bercerai, dr.azizan menipu duit orang ramai,

Walhal, ramai yang telah terbukti berjaya. Begitu juga dengan perniagaan saya dan suami. Dengan formula M.E.S.T.I. dan elmu-elmu lain yang beliau kongsi dan turunkan ternyata berkesan. Walaupun saya dan suami tidak sepopular anak didik yang lain tetapi alhamdulillah, rezeki makin mencurah-curah, prestasi kerja makin meningkat dan kini kami telah memiliki 6 buah syarikat dengan hampir 60 orang staff sendiri. (Nanti saya kongsikan dengan anda antara anak didik beliau yang telah berjaya didalam dunia perniagaan di entri akan datang ye.) 

Murah atau mahal bayaran sesuatu seminar/program bergantung kepada kita sebenarnya. Andaikata anda mampu membeli gadget sehingga RM4,000-RM5,000, membeli sport rim (bagi orang lelaki), beg tangan (bagi orang perempuan) atau melabur kepada sesuatu yang belum tentu akan ada hasil, apa salahnya anda laburkan wang itu untuk elmu yang mampu menjamin masa depan anda dan keluarga? 

Mana yang lebih baik? Jika tidak mampu untuk mendapatkan tempat yang mahal, anda boleh labur untuk mendapatkan tempat duduk yang semurah RM997.00. Itu pun anda masih boleh buat pembayaran secara ansuran lagi! Bila miskin, semuanya akan nampak mahal. Sebab itu, kita perlu berubah.

Jika hendak dinilai sesuatu elmu itu, memang tidak ternilai, kerana ia hanyalah milik Allah. Namun, semua manusia perlu hidup. Duit digunakan untuk makan, minyak kereta, duit sekolah anak-anak, bayar bil itu ini, dapur juga kena berasap, masa, tenaga dan lain-lain. Saya tidak faham, mengapa masih ada orang yang mempertikaikan pembayaran untuk menuntut elmu.


Guru-guru dan cikgu-cikgu juga bergaji, ustaz-ustazah juga perlu membeli beras di kedai. Sama juga dengan mereka yang berniaga dan menyampaikan elmu perniagaan yang mereka pernah lalui, yang mereka pernah gagal, yang mereka pernah rugi, malah ada yang nyaris bankrap!

Memang wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

Hanya orang bijak dapat memahami.

Saya setuju dengan pendapat Dato' Roslan Abdul Hamid yang juga merupakan salah seorang alumni.

Ramai orang bertanya hebat sangatkah Dr.Azizan Osman itu. 

Kenapa apabila ada orang Melayu mencipta fonemena, menerbitkan rasa ingin belajar maka kita menaruh rasa curiga? 


Kenapa apabila Anthony Robbins dan teman-temannya mengajar motivasi dan memberi inspirasi kita menyanjung dengan penuh rasa?

Kenapa, apabila Richard Tang dari Singapura menerusi syarikatnya Success Resources yang menganjurkan seminar sejak awal 90an dengan kehadiran ribuan manusia dan hanya 5% sahaja Melayu hadir belajar kita diam seribu bahasa?

Jawabnya kerana:

1. Pertama: Program mereka dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Kita tidak peduli pun apa cerita yang mereka sampaikan. Mereka orang puteh, baka berdarjat, salasilah hebat. Kita tunduk patuh.

2. Kedua: Kerana tidak ramai orang bangsa kita yang hadir dan berkongsi cerita. Kita tidak ada dalam lingkungan mereka. Kita dipinggir jalanan.

3. Ketiga: Kerana mereka bukan dari bangsa kita. Mereka bukan Melayu. Jadi kita tidak perlu ambil tahu. Melayu hanya perlu kutuk Melayu.

Dr.Azizan Osman itu Melayu. Seminarnya dalam bahasa Melayu. Pesertanya 99% orang Melayu . Maka kita mula kata "Dr.Azizan penipu".

SEMUA GURU PERNAH CELARU. Kerana mereka ada pengalaman celarulah mereka dapat mengajar kita supaya usah keliru. Mereka tidak mahu kita tertipu seumpama mereka dahulu.

Jangan kita berteman dengan lima kelompok manusia:
1. Pendusta.
2. Dungu
3. Kikir
4. Pengecut
5. Fasiq.

Saya tidak melihat 5 perkara ini ada pada DAO.

Dia dikata penipu oleh seorang dua peserta. Program beliau dihadiri oleh 4000 lebih peserta pada satu satu masa. Kita terpedaya dengan cerita yang dibawa oleh seorang dua. Mereka kuat propaganda kerana dua perkara:

1. Mahu popular dengan cerita cerita. Membina mahligai atas pusara orang lain.
2. Ada juga yang tidak hadir pun program kendalian DAO. Merasa seronok "pokok Melayu" sedang ditebang, maka tumpang sebar cerita.

Saya melihat perubahan DAO dari 2011 sampai sekarang. Saya kagum. Semakin berisi semakin runduk ke bumi. Semakin dekat dia dengan ILahi. Berapa ramai anak yatim dan orang susah yang dia bantu? Saya lihat amalan dia. Saya sungguh terinspirasi dengan manusia yang kaya jiwa.
Jangan selalu menyangka, supaya kita tidak disangka orang lain. Jangan menyelubungi buah fikiran dengan cerita propaganda. Kata-kata mulut kadang-kadang datang dari cerita olok olok mahu seronok seronok.
Usah caci maki orang. Caci maki manusia begini tidak menjejaskan kedudukan mereka. Usah sakiti hati "bangsa kita yang tekun berusaha". Ketahuilah caci maki itu tabiat manusia berdarjat rendah.

SIAPA DR.AZIZAN OSMAN


Dr Azizan Osman ialah Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran.

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi. Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk.

Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku laris keras pemasaran bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" serta buku terbarunya "Magnet Kekayaan & Kejayaan" dan usahawan yang telah mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri antaranya agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, percetakan, rekacipta jenama & produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat serta merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui "Sentuhan Emas" beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran, pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti  seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia. Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. 


dr azizan penipu, dr azizan kantoi menipu, dr.azizan osman penipu, dr.azizan menipu duit orang ramai,


Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AzizanOsman.com

Sebelum saya mengakhiri entri ini, saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan anda. Ini sekadar luahan rasa dari saya. Tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.

Salam sayang.





Busuk!