Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti yang sama seperti orang hebat atau juara berfikir.
Suka saya kongsikan apa kata Dr. Walter Doyle Staples, penulis buku ‘THINK LIKE A WINNER” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran.
10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka.
Membentuk mentaliti ini secara perlahan demi perlahan, InsyaAllah kita juga akan dapat penghasilan yang maksimum.
10 kepercayaan utama mereka:
1) Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
2) Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
3) Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
4) Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
5) Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
6) Anda tidak akan dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
7) Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
8) Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah diri anda.
9) Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
10) Anda memerlukan sokongan kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.
Samada kita suka atau tidak, pemahaman inilah yang diterapkan oleh orang hebat dalam hidup mereka. Suka atau tidak, ini juga yang kita perlu ada dalam perjalanan hidup kita untuk menjadi insan yang hebat. Sedikit demi sedikit berusaha untuk menjadikannya realiti. Tiada apa yang mustahil!
Salam sayang.