Buang Yang Negatif, Ambil Yang Positif


Cita-cita, impian, matlamat atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyai fikiran positif yang kuat dalam diri anda. Tanpa fikiran positif, agak sukar untuk anda menggapai apa yang anda cita-citakan. 

Keyakinan yang kuat adalah kunci kejayaan dalam segala apa yang kita lakukan. Anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya jika anda yakin anda akan berjaya. Dan dengan kepercayaan anda boleh mengambil alih hidup anda hari ini.

Pelajari bagaimana mengawal fikiran negatif anda. Jangan mendedahkan fikiran negatif anda dalam kata-kata. Walaupun bukan mudah tetapi anda perlu berusaha. Ramai orang yang mengikut kata hati yang negatif bahawa mereka akan gagal. Jika anda salah seorang daripadanya, yang paling penting yang anda boleh lakukan hari ini adalah untuk berhenti mempercayainya.

Manusia memang unik kerana kita mampu untuk berubah demi menjadi apa yang kita mahukan. Namun sebelum kita boleh berubah, kita harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Kita ada pilihan. Mahu berubah ataupun tidak. Begitu juga dengan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Kita boleh memilihnya. Mahu menjadi kaya atau miskin?

Tanyakan pada diri anda apa yang boleh anda lakukan. Adakah anda ingin meneruskan hidup dengan fikiran negatif, keraguan, dan ketakutan?


Fikiran positif dapat membangkitkan semangat demi mencapai tujuan. Motivasikan diri dan berilah penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini supaya anda tidak akan ragu untuk melangkah ke hadapan dalam mencapai visi hidup anda.

Anda boleh menukar kebiasaan buruk dan yang negatif selagi anda percaya anda mampu mengubahnya.


Kadang-kadang ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah.


Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan membuang dan singkirkan semua sikap, sifat negatif yang ada dalam diri. Dan mula ambil dan amalkan sikap, sifat yang positif.

Kata-kata itu merupakan satu DOA.

Salam sayang.



Busuk!