Bina Keyakinan Diri


Anda tahu siapa anda. Anda lebih mengenali bagaimanakah diri anda. Terima diri anda seadanya. Tuhan telah tentukan bagaimana keadaan anda. Jika anda ada kekurangan dari satu sudut tetapi pada satu sudut yang lain anda mempunyai kelebihan. Kadang-kadang kelebihan ini hanya diri anda yang mengetahuinya. Tuhan tidak hanya memberikan kekurangan tetapi juga kekuatan pada diri anda.

Jadi kita kena cari dimana kekuatan itu. Bila anda sudah menemuinya, gilap dan perbaiki dari masa ke semasa dan akhirnya kekuatan itu akan memberikan kita keyakinan diri.

Jangan respon kepada teguran dan cacian yang negatif terhadap diri anda. Diamkan saja, jangan fikir dan biarkan ianya berlalu. Anda akan kehilangan rasa yakin pada diri jika anda respon terhadap teguran yang negatif itu. Kadang-kadang emosi akan terganggu dan menyebabkan anda hilang pertimbangan. Rasa yakin pada diri akan hilang satu persatu.


yakin diri, melangkah penuh yakin, motivasi diri


Sikap kawan boleh mempengaruhi anda. Jadi pandai-pandailah mencari kawan. Berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang aktif, positif, bersikap baik, berkata baik, yang cemerlang dan berperangai baik kerana mereka boleh mempengaruhi anda. Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, anda boleh pelajari bagaimana cara memperbaiki diri sendiri. Dan kesannya anda akan menjadi seorang yang hebat.


Jangan takut dengan keadaan
Ada saatnya menangis ada saatnya tertawa
Semua pilihan di tangan kita.

Hidup memanglah sulit
Jangan berhenti berfikir jangan berhenti bermimpi
Jangan berhenti bertindak…berjuanglah!

Percayalah pada dirimu sendiri
Jadilah sang optimis yang berani
Yakinlah pada dirimu sendiri
Dan jadilah selalu yang terbaik.

Percayalah dan yakinlah terhadap diri sendiri
Untuk apa takut keadaan
Dunia terus berubah kita pun harus berubah
Ikut berubah dan jangan menyerah.

Jangan mengharap pada yang segera
Kejayaan tak terwujud dalam satu malam
Apapun yang kita percaya pasti kita miliki
Kuncinya hanyalah YAKIN & PERCAYA kepada diri.


yakin diri, bina keyakinan diri, percaya diri sendiri, motivasi diri


Salam sayang.





Busuk!