Fokus Apa Yang Ada!


Seorang lelaki merasa kasihan menghampiri kanak-kanak kecil yang sedang menangis.

“Kenapa kamu menangis?” tanya lelaki itu dengan penuh kasih sayang.

“Wang RM10 saya hilang.” jawabnya terisak-isak.

“Jangan nangis lagi… nanti pakcik gantikan RM10 kamu yang hilang!” kata lelaki itu sambil menyerahkan RM10. Namun, anak kecil tadi tetap saja menangis. Kenapa?

“Kalau tidak hilang… wang saya sekarang dah RM20.” kata anak itu dan terus menangis.
Lelaki tadi meninggalkan anak kecil tadi dengan kebingungan.

Berapa ketika, ayahnya muncul dan mendapati anaknya masih menangis.
“Kenapa sayang? Lihat mata kamu, sudah bengkak. Nangis dari tadi ya?” tanyanya sambil menyapu air mata anaknya.

“Wang RM10 saya hilang.” kata anaknya mengadu.
“Oh.. Bukankah ni ada RM10? Katanya hilang?” tanya ayahnya yang hairan kerana dia melihat anaknya memegang RM10.

“Ini dari pakcik tadi…. wang saya memang hilang. Kalau tidak hilang saya dah ada RM20.” jawabnya sambil terus menangis.

“Sudahlah.. Ayah ganti dengan wang yang lebih besar. Ayah beri kamu RM20. Jangan menangis lagi ya nak!” kata ayahnya sambil menyerahkan RM 20.

Si anak menerima wang itu. Tetapi dia masih tetap saja menangis. Ayahnya hairan, kemudian bertanya lagi.
“Kenapa kamu masih menangis? Kan sudah diganti?”
“Kalau tidak hilang, wang saya dah jadi RM40!”

“Kalau kamu diberi berapa pun, kamu akan terus menangis!” kata ayahnya hanya geleng-geleng kepala sambil mendukung anaknya.

Ramai di antara kita juga yang memiliki sikap seperti anak tadi. Mereka hanya melihat apa yang tidak ada, mereka hanya melihat apa yang kurang, tanpa melihat sebenarnya mereka sudah memilikinya. Sifat manusia yang selalu merasa kurang padahal nikmat Allah sudah begitu banyak dia terima.

Begitu juga dengan ramai peniaga yang mengeluh kerana tidak punya wang sebagai modal sedangkan mereka sudah ada masa, tenaga, dan ilmu untuk berniaga. Namun mereka tidak juga bertindak disebabkan hanya fokus melihat pada kekurangan modal tersebut, bukannya bertindak dengan memanfaatkan apa yang ada. 

BERTINDAKLAH dengan apa yang kita ada.

Salam sayang.





Busuk!