Pengasas dan pemilik Kumpulan Media Karangkraf ini memiliki 28 buah majalah, tiga syarikat penerbitan, sebuah akhbar dan juga syarikat pencetak komersial yang terbesar di Malaysia. Atas sumbangannya terhadap industri media, beliau telah diberikan penghargaan antaranya Anugerah Superbrands 2005, SME Platinum Award 2008 dan Asian Publishing Lifetime Achievement Awards 2012.
Berikut merupakan antara rahsia dan tips kejayaan beliau:
- Usahawan adalah satu skill yang kita kena develop. Tak boleh belajar dalam masa 2 hari. IQRA' adalah pegangan hidupnya iaitu BACALAH.
- Berasal dari Kelantan - pengaruh dari ibubapa yang membentuk beliau menjadi usahawan.
- Bapa beliau merupakan seorang ustaz manakala ibunya merupakan seorang tukang jahit. Anak ke7 dari 8 orang adik beradik.
- Bagi menambahkan pendapatan ayahnya membuka kedai menjual suratkhabar,buku dan majalah.
- Semasa kecil beliau seorang yang slow learner, kurang cerdas dan mempunyai saiz tubuh badan yang kecil.
- Tapi ibu beliau telah develop potensi yang ada dalam dirinya.
- Beliau telah diarahkan ke pasar setiap pagi untuk membeli bahan2 mentah sebelum ke sekolah. Walaupun memberontak dan protes tapi budak dulu bukan macam sekarang..Dulu tak boleh nak bantah cakap ibu! Jadi nak taknak kena juga buat.
- Daripada terpaksa lama2 sudah jadi minat, dan disitulah beliau develop skill jual beli, tawar menawar dan networking. Bayangkan satu pasar Siti Khadijah kenal beliau!
- Pulang dari sekolah pula beliau telah diarahkan oleh ayahnya untuk menjaga kedai setiap hari. Protes juga pada mulanya. Tertanya juga mengapa bukan abang2 dan kakak2nya?
- Ayah mengarahkan beliau untuk membaca 7 suratkhabar yang dijualnya setiap hari..termasuk buku2 dan majalah2 yang ada disitu juga. Dari situlah dia membina minat menjual dan membaca.
- Dulu protes, lama2 beliau sedar bahawa ibu dan ayahlah yang bertanggungjawab mempersiapkan diri beliau untuk menjadikan beliau seorang usahawan!
- Jiran-jiran beliau 95% adalah bangsa Cina yang berniaga. Tauke Mydin merupakan jiran beliau semasa kecil.
- Apabila menginjak ke sekolah menengah beliau menjadi lebih kreatif. Dengan kebolehan dan kelebihan dalam bidang penulisan beliau antara yang terkenal di sekolah. Telah dibentuk sebagai leader oleh guru2nya.
- Melalui proses pembacaan dapat membentuk Life By Design.
- Memilih bisnes untuk memandaikan orang.
- Bermula dengan berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual karangan-karangannya..- satu karangan 20sen. Dulu nilai 20 sen tu besar.
- Sekarang alhamdulillah..jualan berjuta-juta setiap bulan.
- Buat apa yang kita minat dan apa yang kita tahu.
- Minat membaca, menjual dan membeli beliau jadikan perniagaan.
- Untuk develop skill dan karakter seorang usahawan perlu banyak membaca dan menuntut elmu. Usahawan kena kreatif.
- Pejabat Karangkraf yang berkeluasan 20 ekar dibandar Shah Alam telah dibeli oleh beliau semasa zaman gawat ketika itu ramai yang menjual aset, tanah dan lain2. Tanah itu dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit pada masa sekarang!
- Rules dalam perniagaan- setiap sen kena berkira. Kalau duit poket sendiri, beliau memang seorang yang pemurah.
- Staff kena jaga. Didik semua staff supaya faham makna pekerjaan mereka walaupun mereka hanya bekerja sebagai pelipat kertas. Nilai pekerjaan kita itu penting.
- Touch customer's heart, berikan servis yang terbaik.. Buat apa yang termampu. Iklan yang terbaik adalah viral marketing. Contoh, mengapa orang suka pergi minum dan makan di kedai mamak? Kerana servisnya yang pantas dan kedainya dibuka 24jam!
- Relationship sangat penting dalam perniagaan. Adakah saudara-mara,jiran-jiran dan orang disekeliling kita tahu tentang perniagaan kita? Sharing itu penting. Sharing is viral marketing.
- Buat apa sahaja kena IKHLAS. Kerja menambahnilai hidup orang lain perlu dididik dalam hati.
- Jangan follow up tapi gunakan follow through sampai jadi!
- Setiap 3 bulan beliau adakan meeting dan briefing session untuk semua staff.
- Aliran tunai dan accounting sangat penting dalam perniagaan. Jika pemilik salah guna wang syarikat, perniagaan pasti akan lingkup.
- 30 tahun pertama semua untung Karangkraf direinvest semula untuk meningkatkan lagi teknologi dan membaikpulih sistem sedia ada.
- Cakap kena kuat, jalan mesti laju, tindakan harus pantas. Think smart!
- Orang Melayu kena kaya kerana dengan kekayaan baru kita boleh menyumbang, berzakat dan membantu hidup orang lain.
- Dalam perniagaan mesti ada persaingan tapi kita mesti jadi lain dari yang lain/being different/being unique. Contoh macam akhbar Sinar Harian yang sentiasa telus dalam menyampaikan berita.
- Beliau sangat meminati Wisdom Quotes.
- Dapat isteri cantik kerana kebolehan beliau menulis surat..Dulu takde handphone,email,sms, whatapps dan sebagainya..Hanya surat pengganti diri..Tulis surat tanpa nama membuatkan isterinya tertanya-tanya siapa pengirim surat-surat cinta itu.
- Memang suami adalah ketua/kepala keluarga tetapi kena ingat isteri adalah TENGKUK. Tengkuk lagi penting dari kepala kerana peranan tengkuklah yang menggerakkan kepala. Contoh kalau tengkuk kita sakit, kepala kita juga akan senget. Pendek kata, isteri adalah tulang belakang suami dan keluarga. Lelaki susah nak berjaya tanpa sokongan isteri, tetapi wanita boleh berjaya tanpa adanya suami. (ibu tunggal).