9 Tips Salesman Yang Hebat!

1. Berfikiran Besar 

Anda bukan sahaja memikirkan jualan anda, anda harus memikirkan untuk satu kumpulan. Anda harus menjaga hubungan rapat dan membesarkan rangkaian anda. Saya nasihatkan jika anda baru, janganlah anda hanya bergaul dengan salesman yang baru atau hanya berkawan dengan salesman dari syarikat anda sahaja. Anda buat kaji selidik sedikit siapa antara mereka yang mendapat jualan yang tinggi. Anda cuba dekati dia, berbual dan berkawan, tanya rahsia mereka dan buat apa yang mereka buat tetapi dalam skop produk anda.

2. Leverage on Your Established Customers 

Tentulah ini yang paling penting iaitu membesarkan kebarangkalian pelanggan anda, besarkan pasaran anda setiap hari dan buat sekurang-kurangnya 5 pelanggan baru setiap hari. Jangan duduk disatu tempat sahaja, fikir-fikir dan terus fikir.

3. Fahami Pelanggan Anda

Walaupun ada banyak strategi pemasaran, mereka yang berjaya adalah mereka yang faham kehendak market. Tidak semua strategi boleh digunakan dengan berkesan. Lebih baik anda fokus dengan apa yang anda percaya... Lakukan sekarang!


salesman berjaya, top salesman, salesman yang hebat, sales & marketing


4. Kurangkan Berjanji, Lebihkan Memberi

Fikirkan apakah kebaikan yang mereka dapat jika bersama anda? ...
‘Say only what you mean, and mean what you say’. Berikan yang terbaik kepada pelanggan anda..Insyaallah berjaya.

5. Pengurusan Masa 

Jangan buat pelanggan anda menunggu, uruskan dengan terbaik masa anda. Jika anda berjanji untuk berjumpa, lakukan tepat pada masanya. Perkara ini adalah asas penting.

6. Perhubungan Baik dengan Rakan.

Tidak kira sama rakan atau pelagggan, anda perlu menyemaikan hubungan yang baik dengan semua. 

7. Cari Cara Terbaik Servis Pelanggan.

8. Believe In Your Product

Anda adalah orang pertama yang harus percaya terhadap perkhidmatan atau produk yang anda jual. 

9. Perlu Mempunyai Proper Action Untuk Memastikan Pelanggan Anda Membeli. 

Anda perlu faham perbezaan antara sale dan marketing. Marketing hanyalah info untuk mendapatkan sale. Berapa ramai pelanggan pun anda jumpa tetapi tidak menjual pun tidak guna juga kannn...

Salam sayang.







-Credit to Coach Bahar-


Apa Itu Marketing??



Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah majlis, lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
=Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah majlis bersama kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda). Dia sangat kaya, kahwinlah dengan dia."
=Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah majlis lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan, "Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
=Itu adalah TELEMARKETING.

Anda sedang berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tali leher, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau berkahwin dengan aku?"
=Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda sedang berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Dia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
=Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku." Lalu dia menampar muka anda.
=Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK dan COMPLAIN.


Last but not least, pemasaran atau marketing adalah nyawa bagi sesebuah perniagaan!


syuhada1981.com, pemasaran, marketing, makna pemasaran,

Hari Rabu Tanpa Kata 6# : Inilah Keramat Hidup Saya

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.

syuhada1981.com, ibu, mama, umi, emak,

Rahsia Kejayaan Usahawan Berjaya

Assalamualaikum..

Malam ni saya ingin kongsikan sedikit sebanyak rahsia mengenai kejayaan seorang usahawan yang berjaya. Antaranya adalah :

• Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.

• Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan anda.

• Buat perancangan anda dan mestilah komited dengan perancangan yang dibuat.

• Jangan abaikan pelanggan. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun siapa perlulah dipenuhi.

• Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan yang ada.

• Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.

• Sentiasalah merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.

• Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.

• Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.

• Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada orang bawahan anda sendiri.

• Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.

• Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.

• Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda sendiri apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak kita.

• Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.

• Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.

• Cakap mesti serupa bikin.

• Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.

• Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

• Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.

• Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah peluang kepada mereka.

• Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.



syuhada1981.com, rahsia kejayaan, usahawan berjaya,bisnesman berjaya, rahsia perniagaan


Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi!



SEMINAR INSPIRASI & FORMULA USAHAWAN (SIFU) – 7 MENTOR, 7 INDUSTRI

Assalamualaikum..

Saya ingin war-warkan :

SEMINAR INSPIRASI & FORMULA USAHAWAN (SIFU) – 7 MENTOR, 7 INDUSTRI

Tarikh : 5&6 Oktober 2013 | Masa  : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : TM Convention Center, Menara TM, Kuala Lumpur

Yuran : RM200 (Individu) / RM150 seorang (Berkumpulan – 5 orang keatas)


syuhada1981.com, seminar usahawan



Kenapa seminar ini berbeza?

Satu-satunya seminar yang menghimpunkan 7 Mentor Usahawan di dalam satu seminar. Setiap Mentor adalah merupakan usahawan sebenar yang sangat berjaya di dalam industri perniagaan mereka masing-masing.

Oleh itu, ilmu serta pengalaman yang akan dikongsikan oleh mereka adalah merupakan pengalaman yang sebenar dan bukannya sekadar teori semata-mata.

Tambahan lagi, setiap mentor yang ditampilkan sedang mencari mentee-mentee yang serius untuk dibimbing oleh mereka dengan lebih dekat lagi. Inilah peluang anda untuk mendapatkan mentor-mentor yang berwibawa yang dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan agar perniagaan anda dapat terus bertambah maju.

Sesi Bonus

Selain sesi perkongsian ilmu & pengalaman dari 7 orang mentor tersebut, terdapat juga 3 sesi bonus akan diberikan kepada peserta-peserta yang hadir. 3 Sesi bonus tersebut ialah :

* Imej & Penampilan Hebat Seorang Usahawan Oleh Mary Anni (Akademi Perunding Imej Profesional)

* Strategi & Teknik Pemasaran Online Berkesan Oleh Mohd Suhaimy (WangCyber)


* Keberkatan Rezeki Dalam Perniagaan Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Siapa yang perlu hadir?

Seminar ini sesuai untuk dihadiri oleh semua golongan usahawan dan juga bakal-bakal usahawan. Terutama sekali bagi mereka yang menjalankan perniagaan di dalam 7 industri berikut :

Industri Makanan & Minuman

  • Pembekal makanan
  • Caterer / pengusaha kantin
  • Pengusaha restoran / kedai makan / cafe
  • Pengusaha bakeri
  • Pengusaha kilang pemprosesan makanan
  • Chef / tukang masak
  • Peniaga pasar malam / penjaja

Industri Kewangan & Pelaburan

  • Perunding Unit Amanah
  • Perunding Insurans
  • Perunding Kewangan
  • Perunding Hartanah
  • Perunding Wasiat / Aset
  • Agen MLM / Direct Selling

Industri Kosmetik & Kecantikan

  • Pengeluar produk kesihatan, kecantikan & kosmetik
  • Peniaga & pengedar barangan kecantikan & kosmetik
  • Pemilik salun & spa kecantikan
  • Perunding kecantikan / jurusolek / mengandam

Industri Pendidikan

  • Pengusaha tadika / taska & sekolah
  • Pengusaha sekolah & kolej
  • Pengusaha tahfiz dan pusat pengajian islam
  • Perunding pendidikan kanak-kanak
  • Pengusaha pusat tuisyen
  • Guru-guru tuisyen & pengajar sambilan

Industri Pelancongan

  • Agensi pelancongan
  • Pengusaha syarikat bas / pengangkutan pelancong
  • Blogger pelancongan
  • Pemilik hotel / resort / motel / homestay
  • Pelajar jurusan hotel & pelancongan
  • Pemilik rumah kelab & percutian

Industri Fesyen & Pakaian

  • Pemilik butik dan kedai fesyen
  • Peniaga pakaian / tudung / aksesori fesyen
  • Pemborong pakaian & aksesori fesyen
  • Peniaga pakaian online
  • Pereka fesyen , perunding imej dan tukang jahit

Industri Latihan & Pembangunan Insan

  • Pakar motivasi dan kaunseling
  • Pengusaha pusat latihan
  • Perunding perniagaan
  • Jurulatih perniagaan
  • Penceramah bebas


Daftar Sekarang!

Takut??

Dari kecik lagi kita dah TAKUT..
(selalunya perasaan TAKUT bermula pada umur 7 tahun).

1.Takut nak masuk sekolah
2.Takut dengan cikgu
3.Takut nak exam
4.Takut dapat keputusan exam
5.Takut mak marah kalau tak pass exam
6.Takut hantuuuu...
(it's all about exam...)

Lepas Grad..
6.Takut tak dapat kerja
7.Takut hilang pekerjaan
8.Takut nak berhenti kerja
9.Takut tak cukup duit nak kawiin..
10.Takut parents tak suka calon husband/wife
(it's all about work..)

Dah Kahwin..
11.Takut tak cukup duit,bini mengandung..
12.Takut tak cukup duit nak beli susu,diapers anak..
13.Takut nak start bisnes...takut fail..
(it's all about money..)

Dah berbisnes..
14.Takut kalau-kalau tersalah pilih bisnes
15.Takut tak boleh bertahan
16.Takut kalau fail,orang ketawa,orang cemuh,orang menghukum..
17.Takut rejection
18.Takut persaingan..
19.Takut tak ada jaminan
20.Takut tak ada pencen
(it's all about fear,fear,fear...)

Banyak lagi keTAKUTan sebenarnya....macamana nak overcome?

CONTROL OUR MIND
CONTROL OUR THOUGHTS
CONTROL OUR TALKS
CONTROL OUR IMAGINATION!!..

syuhada1981.com, takut gagal?, takut,



Terima Kasih Blogger Aku Penghibur

Assalamualaikum..


Wahhh..rindunya saya pada blog saya ini. Alhamdulillah..kesihatan saya sudah kembali pulih seperti sedia kala. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua.  Rutin harian juga sudah bermula seperti biasa cuma yang membuatkan saya lebih sibuk adalah urusan kemas-mengemas untuk berpindah ke rumah baru. 

Sebenarnya disini, saya ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger Aku Penghibur  kerana sudi mempromosikan blog saya ini. Terharu, terkejut, gembira semua ada bila blogger Waazin memberitahu saya melalui facebook mengenai entri tersebut. Terima kasih banyak-banyak ye achik. Akak sangat menghargainya.

syuhada1981.com, blogwalking, segmen

Saya sangat berbesar hati menerima kunjungan teman-teman baru ke blog ini semenjak saya dimasukkan ke wad. Rata-rata semuanya mentioned datang dari blog Aku Penghibur. Cuma saya belum berkesempatan untuk membalas semua komen anda. InsyaAllah, saya akan membalas semuanya malam ini. Berikan sedikit masa juga untuk saya berblogwalking ke blog anda semula.

Last but not least, terima kasih sekali lagi untuk semua..terutamanya buat Achik untuk entri Buat Duit Melalui Blogwalking dan Comment di Blog.

Jumpa lagi!

Salam sayang,





Health Is Wealth.

Assalamualaikum..

Hari ni saya 'bersiaran' dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Ampang. 

Maaf tiada entri untuk 2-3 hari ini kerana saya 'dipaksa berehat dan bercuti' di wad akibat kelalaian diri sendiri. Hehehe.. 


Inilah akibat kalau tak cukup rehat dan tiada masa untuk diri sendiri sepanjang 2-3 bulan kebelakangan ini. Asyik sibuk dengan kerja dan rutin harian sehingga mengganggu kesihatan.

So, alang-alang dah admitted ni, saya buat full medical check up, dengan ecg test, lung functioning test, ultrasound test dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya baik2 sahaja. 

Apa yang saya ingin pesan di sini kepada anda semua, jagalah kesihatan masing-masing sebab bila kita dah jatuh sakit ambil masa untuk pulih, lagi banyak urusan yang terganggu, macam saya pula dengan anak2 kecil lagi di rumah. Nasib baik ada keluarga yang membantu. 

So, better kita prevent than cure kann.. Cegah lebih baik dari merawat.

Jaga pemakanan,sayangilah organ-organ dalaman kita. 

Ok, saya taknak membebel panjang2 kerana saya bukanlah pakar kesihatan. 

Lagipun doktor tak benarkan saya surfing internet sangat..diminta rehat sepenuhnya. Ni pun curi-curi update. Hehehe~

Moral of the story is::

HEALTH IS WEALTH.

Salam sayang! 

Berilmu Sebelum Beramal

Assalamualaikum..


Apakah matlamat hidup anda?
Apakah yang anda ingin capai?
Kebahagiaan?
Kejayaan?
Kekayaan?


Kita bekerja ke, berbisnes ke, melabur ke, semuanya itu cara kita nak majukan ekonomi diri dan keluarga. Betul tak? 

Lebih besar lagi, kita sama-sama majukan ekonomi negara. Usah risau dimana kita sekarang.

Apa yang penting, duduk betul-betul tanya diri sendiri apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup. Lepas tu usaha ke arah tu. Nak usaha nilah kena belajar sana sini, berguru sana sini, baca buku, pergi seminar, dengar ceramah...

Jika kita bekerja, tambah ilmu dengan pergi kelas ikut apa yang kita nak capai dalam hidup. Kalau nak jadi pengusaha restoren, ambik cuti pergi menuntut dengan mereka yang faham selok belok restoran, bisnes, belajar pengalaman mereka.

Kalau nak belajar buat duit dengan blog, pegilah tanya mereka yang pakar dalam dunia blogging ni bagaimana mereka menjana duit melalui blog dan bisnes internet.

Anda boleh rujuk dengan tuan HasrulHassan, tuan RajaKamil, tuan DenaiHati, tuan Titan, MrJocko, YanmieOnline, Kak Kujie, tuan Sohoque dan ramai lagi. 

Ada ilmu yang percuma dan ada juga yang berbayar kerana disitu ada nilai harga dan penghargaan. Sebab itulah ianya dijual. Jika semuanya nak bagi free, dijangka akan kuranglah momentum kesungguhan untuk belajar!  

Apepun, bergantung juga kepada motivasi diri individu itu sendiri.

Pelaburan wang ringgit dan harta kalau berniat untuk mencari ilmu, InsyaAllah, sangat besar nilainya. 

Hanya dengan ilmu saja hidup kita boleh berubah.

Hanya dengan ilmu saja hidup kita akan jadi luar biasa.

Ya...gain the knowledge first! Baru labur duit untuk buat bisnes itu ini. Elakkan labur duit kemudian tunggu umpan mengena. Sayalah orang tu dulu. Bila kita faham apa yang kita buat, we own our money! Bila kita tak faham, itu tandanya kita relakan duit kita pergi.

Jadi elak daripada salahkan orang lain. Tuding jari ke sana ke mari. Dulu saya kurang faham dan 'keep blaming' orang lain.  Sekarang, bila dah faham, tiada siapa yang boleh disalahkan melainkan diri sendiri dulu. 

Kalau hendak berjaya, lihat kegagalan sebagai cabaran untuk menguatkan diri sendiri. Sebab itulah bagi saya ilmu sangat penting sebelum buat apa-apa.

Gain the knowledge first!

Knowledge make people look different!



syuhada1981.com, berilmu sebelum beramal, ada apa dengan ilmu, tips motivasi


Salam Sayang.



Hari Rabu Tanpa Kata 5# : Selamat Hari Malaysia

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger akan menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pembaca untuk buat penilaian dan komen mengenainya.



Bisnesman Cina Yang "Gila"

Ada seorang lelaki Tionghoa datang ke bank di New York City.

Lelaki ini mahu pinjam duit sebanyak USD5,000 dolar dengan bank.

Beliau gunakan duit itu untuk menampung kos perjalanannya ke China. 
Atas urusan bisnes.


Gila dan Bodoh


Pegawai bank yang menguruskan pinjaman lelaki itu minta barang sebagai jaminan.

Lelaki itu bersetuju. Beliau berikan kereta Ferrari miliknya sebagai jaminan.

"Gila!"

Perkataan yang terkeluar daripada pegawai bank itu. 

Kereta Ferrari bernilai USD1 juta dijadikan sebagai jaminan untuk pinjaman serendah USD5,000 sahaja.

Pegawai bank menganggap lelaki Tionghoa itu kurang bijak.


Si Gila Yang Bijak


Selepas mencapai persetujuan bersama, kereta itu disimpan dalam garaj bawah tanah milik pihak bank.

Selepas 2 minggu, lelaki Tionghoa itu kembali ke bank.

Beliau bayar USD5,000 beserta nilai bunga sebanyak USD15.41 dolar.

Pegawai bank itu ucapkan terima kasih atas kerjasama yang berjalan dengan lancar.

Kemudian beliau bertanya kepada lelaki itu,

"Kami dapati tuan adalah seorang jutawan. Kenapa tuan buat pinjaman USD5,000 daripada pihak bank?"

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berkata,

"Di mana lagi tempat parking di New York City yang boleh saya gunakan, untuk simpan kereta dalam keadaan 100% selamat..."

Tambahnya lagi,

"Dengan hanya bayaran USD15.41 selama 2 minggu?"

Lelaki Tionghoa ini mengamalkan teknik pinjaman cerdik.

Beliau tetap untung kerana dapat berjimat ribuan ringgit!


syuhada1981.com, perniagaan, tips buat loan, pinjaman bank





5 Tahap Usahawan

Assalamualaikum..

Bisnes kita berkembang mengikut perkembangan mindset, skil dan juga kemampuan kita.

Jika mahu bisnes berkembang pesat, kena cepatkan perkembangan minda. Mesti tambah ilmu lebih banyak.

Jika mahu bisnes berkembang pesat, kena mahirkan diri dengan skil yang perlu. Skil perlu diasah melalui latihan.

Jika mahu bisnes berkembang pesat, perlu ada kemampuan juga. Kemampuan dalam bisnes adalah skil, alat kerja, kewangan dan network.

Untuk bisnes kita naik ke tahap yang lebih tinggi, untung lebih banyak, maka kita sebagai pemilik bisnes juga perlu sediakan diri untuk tahap tersebut.

Saya ada membaca tentang 5 tahap usahawan. Ia ditentukan oleh mindset, sikap dan kemampuan usahawan tersebut.


syuhada1981.com, tahap usahawan, tips bisnes, kaedah perniagaan

Tahap 0 - PEKERJA

Ini adalah tahap permulaan bagi kebanyakan usahawan. Dalam kategori ini kita ini berkuli dengan mindset mahu kumpul skil dan pengalaman bagi membuka bisnes.

Tahap 1 - USAHAWAN BEKERJA SENDIRI

Ini adalah tahap pertama, ketika kita membuka perniagaan atas sebab tidak mahu terkongkong, mahu buat cara kita sendiri atau mahu membuktikan sesuatu. 

Usahawan di tahap ini selalunya masih kerja seorangan. Semua perkara dibuat sendiri. Bayar gaji untuk diri sendiri.

Pada tahap ini, tumpuan diberikan kepada melengkapkan pusingan jualan bisnes dan stabilkan pendapatan.

Tahap 2 - USAHAWAN PENGURUS

Tahap ini, usahawan sudah ada pekerja yang di bayar gaji. Pada tahap ini usahawan perlukan skil untuk menguruskan manusia. Perlu ada jiwa membantu orang lain berjaya. Perlu ada ilmu membahagikan tugasan. 

Usahawan tahap ini sibuk membetulkan sistem operasi syarikat supaya pusingannya lancar dan boleh diautomasi.

Usahawan yang mengatakan mereka susah mencari pekerja yang bagus selalunya tidak boleh beralih kepada tahap seterusnya. 

Tahap 3 : USAHAWAN "PEMILIK BISNES"

Tahap ini adalah tahap pertama yang mana usahawan mula mempunyai lebihan masa. Pada tahap 1, usahawan sibuk dengan urusan buat duit, tahap 2 usahawan sibuk dengan urusan menguruskan pasukan untuk buat duit, iaitu membina sistem.

Pada tahap ini, kita menjadi pemilik bisnes yang memerhati sistem yang berjalan sendiri yang kita bina pada tahap 2. Pada tahap ini, kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap. Kita menurunkan kuasa kita kepada pengurus yang boleh dipercayai.

Kita boleh tinggalkan bisnes kita sekali sekala dan melihat peluang-peluang lain. Selalunya pada tahap inilah kita membuka bisnes baru.

Kesibukan kita ketika ini adalah memastikan cash flow kita stabil dan meningkat. Kita mahu simpan sebanyak mungkin tunai bagi persediaan memasuki tahap seterusnya.

Fokus kita pada tahap ini, bukan kepada sasaran jualan dan untung syarikat, tetapi untung bersih yang masuk ke akaun peribadi kita.

Tahap 4 : USAHAWAN "PELABUR"

Usahawan yang telah sampai ke tahap ini, kini mempunyai kekuatan pendapatan tunai pasif yang stabil dan mempunyai lebihan wang untuk dileburkan. Kita namakan wang kopi. Iaitu wang yang kita tidak perlukan untuk keperluan seharian.

Usahawan pada tahap ini, akan mula membina atau membeli syarikat-syarikat, melabur dalam bentuk JV bagi mendapatkan keuntungan tambahan 'leverage'.

Usahawan tahap ini mempunyai skil secara natural menilai bisnes yang baik. Usahawan ini boleh membeli bisnes yang kurang elok, perbaiki dan mula buat untung. Ia umpama membeli rumah pada harga murah, baiki, refurbish dan sewakan dengan harga tinggi. Kita boleh namakan ia sebagai Doktor Bisnes yang tahu membaiki bisnes.

Semua ini dapat dilaksanakan kerana usahawan tahap ini telah mempunyai pasukan dan SOP yang telah dibuktikan berjaya dalam tahap ke 3 sebelum ini.

Pada tahap ini, fokus usahawan pelabur adalah membina saluran income pasif yang lebih banyak daripada semua resources yang ada seperti duit simpanan, pasukan, alat kerja dan network. Ini dinamakan 'leverage' dan selalunya syarikat usahawan ini dalam bentuk kumpulan yang mempunyai banyak anak syarikat.


Tahap 5 : USAHAWAN SEBENAR

Pada tahap ini, usahawan ini akan sudah tidak membeli tetapi mereka mencipta peluang atau 'kapital' untuk dibeli oleh Usahawan lain terutama 'usahawan pelabur'. 

Segala usaha kita pada ketika ini adalah dengan menggunakan duit orang, skil orang dan masa orang lain. Kita mempunyai pasukan yang mempunyai skil membina syarikat untuk dijual berkali-kali. 

Kita membina syarikat untuk IPO dan orang lain yang membeli saham kita. Kita yang membina hartanah untuk dijual. Usahawan mencipta peluang pelaburan untuk orang lain. 

Usahawan pada tahap 5 ini adalah usahawan yang mencipta trend dan boleh mempengaruhi pasaran. 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan kita penilaian terhadap tahap dimana kita berada dalam bisnes, maka mudahlah kita meletakkan sasaran dengan jelas. 


Tahap manakah kita dan kemanakah kita selepas ini?



Credit : Tuan Syaizul Amal

Untuk Isteri-Isteri Yang Berbisnes

Assalamualaikum..

Bila terjadi kes isteri rasa besar kepala atau..isteri rasa meninggi diri dari suami...sehinggakan dah tak boleh nak respect suami..rasa lebih kaya dari suami..rasa income tinggi sangat dari suami..rasa bagus sangat dalam perniagaan..lebih terror dari suami..rasa segala kekayaan dan kemewahan datangnya dari isteri,bukan atas penat lelah suami.....

Lama-kelamaan, datanglah si 'budak kecik' tu menghasut...Ya lah..engkau yang bersusah payah bekerja,berpenat lelah ke sana ke sini..sebelum subuh dah bangun pagi buatkan breakfast dan lunch sekali untuk anak-anak,kemudian berlari ke sana sini berjumpa client atau berbisnes sehingga ke petang, balik ke rumah tak habis-habis kerja sehingga ke lewat malam... terasa bagaikan Superwoman..I can do anything!!..I can do everything!... 

Akhirnya,lemah jugak godaan terhadap si 'budak kecik' yang selalu datang berbisik...Kau Superwoman!...Kau Hebat!..Kau yg bekerja kuat, segala kekayaan dan kemewahan ini..kau yang berhak!..Kau lebih hebat dari suami kau!...Ha ha ha ha...(mode: setan gelak..).

Itulah dia yg selalu berlaku bagi wanita-wanita yang berbisnes keseorangan tanpa suami di sisi. Dulu saya pun macam tu,tapi bukan semasa dah start berbisnes..kejadian ini berlaku sebelum saya terlibat dalam bisnes, tetapi semasa alam pekerjaan lagi. 

Almaklumlah gaji lebih dari suami..mula-mula memang sama-sama gembira,
sama-sama berkongsi kebahagiaan..tapi makin lama makin hilang rasa itu.. mulalah rasa riak..tinggi diri, ego, rasa lebih bagus dari suami... itulah kelemahan dan kesilapan saya dulu...

Keadaan ini bersambung juga sehingga berbisnes..mula-mula pinjam duit suami, beli minyak kereta.. beli barang2 buat modal..tapi bila dah pegang banyak duit..MasyaAllah..tak ingat dunia..masa tu baru pegang rm5K-10K..itulah godaan jugak masa tu..

Tapi...alhamdulillah, atas ajaran Ibu Bapa & Tok...kena selalu ingatkan Allah..saya pun rasa tak sedap hati..rasa macam tak boleh jadi ni, bila pegang duit banyak rasa macam dunia ini aku yang punya.. Tapi bila berbalik pada Maha Pencipta..mula ternampak segala kelemahan, segala kekhilafan,segala kepincangan.

Sejak dari itu,walaupun saya yang menjalankan bisnes, suami masih bekerja..tetapi segala urusan kewangan saya serahkan pada suami..Teringat saya pernah berkata pada suami,saya nak dia yang pegang semua duit sale ni. Segala perbelanjaan, tak kira perbelanjaan berkaitan bisnes atau rumahtangga, saya nak mintak dari dia..bukan dia yang mintak dari saya kalau dia tak cukup duit. Saya nak rasa lebih respect pada suami..saya nak rasa lebih bergantung pada suami..saya nak rasa kenikmatan bersandar pada suami...saya nak rasa dia bertanggung jawab.. barulah terasa dia benar-benar KETUA KELUARGA!..

Jadi yang saya nampak, bila kes seperti ini berlaku,ramai isteri yang tak cepat sedar kesalahan mereka..masih ego dengan kekayaan mereka, dengan keuntungan mereka.. sedangkan kalau tak mendapat restu suami semua tu akan hancur musnah bila-bila masa saja!..

Saya rasa menjadi isteri, sama ada kita berbisnes atau tidak, kita harus meminta wang dari suami..bukan sebaliknya. Patutlah orang zaman dulu,isteri hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga..dan suami pula keluar mencari rezeki..Kan kah cantik jika begitu? 

Apa yang boleh kita sebagai isteri buat untuk suami kita HEBAT ialah:  

-seringlah memberi kata-kata semangat kepada suami untuk berbisnes,
-selalu memuji-muji suami di atas keputusan yang dibuat,
-tunjukkan dan biarlah dia merasa dia sangat powerful..
-kita kagum dengan dia..

Kalau sama-sama berbisnes pula, biarlah dia yang ke depan, kita tak perlu menonjol sangat, kita menjadi tulang belakangnya di belakang tabir sahaja. 

Biar dia dilihat sebagai orang yang hebat!...Barulah dia akan terasa yakin,dan seterusnya dialah yang akan kemudikan perniagaan kita bersama..

Ini tidak, bila isteri ada banyak wang, isteri rasa megah diri, tolak suami ke belakang..merendah-rendahkan suami di depan orang..bukankah itu menghina suami?..ada jugak orang yang sanggup menghina suami sendiri ya?..

Jadi lama-kelamaan suami yang nasib malang ini menjadi lemah semangatnya, menjadi tidak bermotivasi, menjadi rendah diri..menjadi tiada matlamat hidup..menjadi kecewa..dan yang paling ditakuti..menjadi semakin MALAS untuk hidup dan berimpian!..

Ramai para suami sekarang yang menguruskan rumah tangga dan si isteri bekerja atau berbisnes..Tidak salah, sememangnya tidak salah kalau si suami masih kuat sebagai ketua keluarga dan masih mempunyai KUASA!..

Kuasa sememangnya terletak di tangan suami,bukan isteri!..
Tetapi jika isteri yang mempunyai KUASA melebihi suami...habislah.. ditakuti semuanya hancur nanti!..

Sekadar ingatan semoga ianya membawa kebaikan kepada kita bersama.


Credit kepada kak Anis CMC.

Anda pernah makan kek coklat yang sedap ini?



 


Kalau belum, anda tersangatlah rugi!!!

Jika anda nak rasa kesedapannya, anda boleh dapatkan kek ni di kedai MESRA di stesen-stesen Petronas atau pun anda boleh hubungi 013-3566966/019-3569666. Nak jadi rakan niaga,pengedar atau agen pun boleh. Untuk keterangan lanjut boleh ke FB Page Anis Choc Moist Cake.



syuhada1981.com, isteri, wanita berniaga
Gambar kenangan saya bersama pengasas Anis Choc Moist Cake iaitu
kak Anis & abg Junaidy baru-baru ini. Mereka berdua very awesome couple!
Antara student Dr.Azizan Osman yang telah berjaya
 dan bergelar JUTAWAN hanya dengan menjual kek coklat!

Salam sayang.





Mutiara Kata (Part 2) - 40 Kata-Kata Motivasi & Inspirasi Diri

Assalamualaikum..

Maaf dipinta kerana sudah beberapa hari saya tak update blog ini. Saya agak produktif dengan urusan seharian, kerja-kerja pejabat dan urusan pindah rumah. 

Baiklah, memandangkan masa agak terhad untuk saya menaip entri, jadi pada hari ini saya hanya ingin kongsikan kata-kata motivasi dan inspirasi diri dari mentor dan guru saya iaitu Dr.Azizan Osman. 

Semua kata-kata ini sememangnya menjadi perangsang diri saya setiap hari untuk lebih berjaya. Semoga ianya juga akan memberi inspirasi dan manfaat kepada diri anda juga!



syuhada1981.com, tips motivasi, kata inspirasi

syuhada1981.com, kata motivasi dan inspirasi

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

syuhada1981.com, kata motivasi, inspirasi diri

Busuk!