Pensil Dalam Kehidupan Kita


Ramai yang pernah menggunakan pensil. Tetapi berapa ramai dari kita menyedari PELAJARAN dari sebatang pensil. Kisah cucu dan nenek ini cukup bermakna untuk renungan kita bersama. 

Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang begitu tekun menulis menggunakan sebatang pensil.



Cucu : Nenek sedang menulis tentang apa?

Nenek : Nenek sedang menulis sesuatu tentang dirimu, tetapi ada yang lebih penting daripada kata-kata yang sedang nenek tulis, iaitu PENSIL yang nenek gunakan. Mudah-mudahan kamu menjadi seperti pensil ini bila sudah dewasa nanti.


Cucu :Tapi pensil itu sama saja dengan pensil-pensil lain yang pernah  saya lihat!


Nenek : Itu bergantung bagaimana kamu memandangnya. Ada 5 perkara penting dan kalau kamu berjaya menerapkannya, kamu akan sentiasa merasa damai dalam menjalani kehidupanmu.


Pertama: Apabila kamu melakukan sesuatu pekerjaan, jangan pernah lupa ada tangan yang membimbing setiap langkahmu. Tanpa bimbingan kamu sukar berjaya.


Kedua : Sesekali nenek mesti berhenti menulis dan meraut pensil ini. Pensil ini akan merasa sakit sedikit, tetapi sesudahnya dia menjadi lebih tajam. Begitu juga denganmu, kamu harus belajar menanggung beberapa penderitaan dan kesedihan, sebab penderitaan dan kesedihan akan menjadikan kamu orang yang lebih baik .


Ketiga : Pensil ini membolehkan kita menggunakan pemadam untuk menghapuskan kesalahan-kesalahan yang kita buat. Tidak salah kalau kita memperbaiki atau membetulkan sesuatu yang pernah kita lakukan. Kita tetap berada di jalan yang benar untuk menuju kejayaan.


Keempat : Yang paling penting pada sebatang pensil bukanlah bahagian luar yang dari kayu, tetapi bahan di dalamnya. Jadi, pastikan kualiti yang berada di dalam diri kamu.


Kelima : Pensil ini selalu meninggalkan bekas. Begitulah dengan apa yang kamu lakukan. Kamu harus tahu bahawa segala sesuatu yang kamu lakukan dalam hidupmu akan meninggalkan bekas, maka berfikirlah sebelum membuat sebarang tindakan.

Busuk!