Syukurilah Nikmat Yang Kita Perolehi


1. Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk hidup hari ini.

2. Bersyukurlah dengan rezeki dikurniakan anak, kalau rasa nak marah anak tu, ingatlah rakan-rakan kita yang dah 5 tahun kahwin pun belum ada anak. Ingat juga mungkin satu masa dahulu kita juga sukar dikurniakan zuriat sampai dah lama berusaha jumpa macam-macam pakar baru dapat anak.

3. Bersyukurlah dengan kerja yang kita dapat sekarang, suatu masa dahulu kita mungkin buat solat hajat sampai 40 hari nak dapatkan kerja yang kita idamkan pada hari ini tetapi pagi nie marah-marah pulak sebab trafik jammed, sebab staff tak buat kerja dan sebagainya. Mungkin kita lupa bersyukur sebab tue dapat tarikan begitu.

4. Bersyukurlah kita masih ada ibu bapa kerana kekayaan kesihatan kebahagiaan yang kita dapat sekarang adalah doa daripada ibu bapa kita yang confirm makbul!

5. Bersyukurlah ada ilmu berniaga menggunakan Internet, boleh buat kerja di mana-mana sahaja, ramai rakan-rakan kita yang struggle, kadang-kadang ada konflik suami isteri siapa yang nak pegi ofis awal, siapa yang nak hantar anak, nak upah bibik tak mampu, nak elak trafik jammed, dan bermacam-macam lagi.

6. Bersyukurlah kita bangun tidur mudah nak cari sarapan, ada rakan-rakan kita yang bergaji kecil makan sekali sehari sahaja, cubalah bercampur dengan pekerja-pekerja biasa tanya rutin kehidupan mereka.

7. Bersyukurlah kita dapat tidur dengan nyenyak di rumah sendiri. Ada rakan-rakan kita yang berkeluarga gaji RM2000, sewa rumah dah RM900 terpaksa sewa rumah flat satu rumah untuk 2 keluarga untuk menjimatkan kos dan ini adalah realiti kehidupan masa kini.

8. Bersyukurlah kita boleh pergi kerja hantar anak sekolah naik kereta, ada orang suami isteri dengan anak 3 orang, naik motor sahaja.

9. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah yang unlimited DIA kasi, kerana lagi banyak kita bersyukur lagi banyak DIA akan bagi.

10. Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 
Diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar- Rahman.

Salam sayang.


Busuk!