KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahawa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.
HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah kita dinikmati.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...
Itulah KEBAHAGIAAN.
Hidup ini mudah jika kita bersikap terbuka. Terbuka melihat hal-hal kecil di sekitar kita, terbuka menerima cubaan yang sedikit menghambat perjalanan kita, terbuka dalam berfikir begitu beruntungnya kita jika dibandingkan dengan orang lain, dan masih banyak lagi keterbukaan yang harus kita lakukan dalam menyingkap sebuah kehidupan.
Dari titisan air mata kita belajar MENGERTI..
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA..
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI..
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN..
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG..
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN..
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN..
Dari ketulusan hati kita belajar menghargai KASIH SAYANG..
RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka..
Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita.
Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya...
Tatkala kita TUNDUK dalam syariatNya, REDHA atas takdirNya, TERSENYUM dalam musibahNya, dan TEGAR dalam ujianNya..
Salam sayang.