Pelaburan Dalam Kehidupan

kehidupan, buat baik dibalas baik

1. Pelaburan bukan sekadar hanya melabur di ASB, unit trust, hartanah, perniagaan, ilmu dan beli emas. Pelaburan ini kita boleh jangka dan mungkin juga tidak dijangka.

2. Pelaburan membawa skop yang sangat luas. Pelaburan yang paling ultimate apa sahaja yang kita kerjakan di dunia ini mungkin sebahagiannya dibalas cash di dunia dan sebahagian lagi dibayar di akhirat kelak atau mungkin dibayar kedua-duanya sekali. 

3. Jika hari ini kita melabur dengan menipu orang, mungkin kita akan dapat dividennya on the spot, esok, tahun depan, 10 tahun lagi, atau di negara yang kekal abadi. Jika di dunia dividennya mungkin dalam bentuk ditipu orang juga, ataupun dalam bentuk banyak duit masuk, lebih banyak duit keluar. Atau lebih teruk dividennya, kita tipu orang RM10, tapi dividennya kita pula ditipu RM10,000!

4. Jika hari ini kita melabur dengan pecah amanah, lepas tu terasa comfort dengan berasa "Eh takder apa2 pun". Cuba fikir, dividen ASB pun setahun sekali, mungkin akan datang kita juga akan ditemukan dengan orang yang tidak amanah lalu masa tu kita pun rasa "Aduih, kenapa la dia buat mcm nie, takpe-takpe aku berdoa sebab aku teraniaya, doa orang teraniaya lebih mudah makbul" lalu tanpa kita sedari yang kita juga pernah berbuat yang sama suatu masa dahulu.

5. Jika hari ini kita banyak memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan, esok kita tak terus jadi jutawan, mungkin kita akan dibayar dengan ALLAH temukan kita dengan rakan-rakan yang baik, kesihatan yang baik, ilmu yang baik, kelapangan masa, zuriat yang baik, dapat beli rumah yang murah walaupun di sekeliling rumah lain sangat mahal atau dapat jiran yang baik yang selalu sedekah makanan hari-hari (jimat bajet). Anugerah ALLAH itu akan diberi dalam pelbagai bentuk dan cara kerana jika kita baca makna ayat Qursi, segala apa isi yang ada di bumi dan langit semuanya adalah kepunyaanNya.

6. Jika hari ini kita berasa penat berbuat baik dan rasa macam tidak ada balasan yang diberikan, cuba cek balik apa nikmat-nikmat yang kita sedang dapat sekarang ni. Masih boleh berjalan kerana ada kaki, masih boleh buang air kecil (kesian pada orang yang rosak buah pinggang), ada ilmu untuk membuat sesuatu pekerjaan, bisnes, bersyukur dan terus bersyukur kerana lebih banyak kita bersyukur lebih banyak tarikan rezeki yang akan melekat. Tengok tangan, cakap "terima kasih tangan sebab dengan tangan inilah aku masih boleh menaip dan menjadi asbab punca rezeki aku."

7. Sesungguhnya kalau kita faham dengan maksud "Tidak akan bergerak sesuatu zarah, melainkan dengan izinNya dan kekuasaanNya" ,InsyaAllah kita akan lebih faham mengapa terjadinya sesuatu perkara.

Salam sayang.



Busuk!