Si Lidah Biawak

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin mengupas tentang perihal salah memilih sahabat. Pernahkah anda sedar dan tahu yang sahabat-sahabat yang berada disekeliling anda sekarang beraura positif atau negatif?

Jurulatih minda jutawan terkemuka, T.Harv Eker berkata:,

"Kawan kita akan membentuk diri kita dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dari sekarang."

Dalam erti kata yang lainnya,

Salah pilih kawan akan menjadikan kita Hidup Luar Binasa.

Insan luar biasa cukup berhati-hati memilih rakan sahabat dan ahli keluarga kerana orang-orang inilah yang menjadi punca sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Mereka begitu peka supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada golongan BIAWAK.

syuhada1981.com
Oooppss.. Apakah??

Biawak itu cuma simbol yang diberikan untuk golongan manusia yang suka :


  1. Keji mengeji
  2. Caci mencaci
  3. Hina menghina
  4. Menjatuhkan orang lain.

Aktiviti di atas ibarat hobi tegar mereka.

Mereka bukan pemberi semangat tetapi melemahkan semangat.

Apa sahaja tindakan kita terutamanya jika kita ingin berubah ke suatu arah yang lebih baik pasti akan mendapat bantahan atau tentangan.

"Alaa..kau ni..buat apa nak berniaga, kau bukan tahu pun, nanti bankrup dan rugi je..baik kau kerja makan gaji je..tiap-tiap bulan dah confirm ada gaji..tak yah susah-susah nak pikir modallah, untunglah, nak bayar itu ini.." 

Kita baru menyuarakan pendapat tetapi kita sudah menerima jawapan yang semacam itu.
Apa yang kita akan rasa? Bukankah itu akan melemahkan semangat?  


Justeru itu, amat penting untuk kita semua sentiasa berjaga-jaga dan memilih rakan sahabat yang positif sahaja. Kerana naik turunnya prestasi hidup kita atas dorongan orang disekeliling.

Itu baru satu contoh ayat yang saya beri, belum komen-komen negatif yang lain lagi. Caci maki, hina umpat, hasut khianat..dia sahaja yang betul, orang lain semua tak kena. Kadang-kadang depan kita baik sangat, tetapi dibelakang mencanang cerita yang dia sendiri tidak pasti kesahihannya.. Anda pernah berkawan dengan manusia lidah bercabang seperti itu?

Jika anda masih dikelilingi oleh "biawak-biawak' adalah lebih baik anda menjauhkan diri. 

"Don't expect positive changes in your life if you surround yourself with negative thoughts and negative people."

Kini, saya sendiri sentiasa memilih sahabat untuk didampingi.

Bukan kerana saya sombong. Cuma saya tidak mahu hidup saya dikongkong. 

As we grow up, we realize it is less important to have a lots of friends and it is more important to have a real ones!

Saya mahu dikelilingi oleh insan-insan yang luar biasa hebat, yang memiliki minda yang positif, yang boleh berkongsi elmu, yang boleh memberikan saya inspirasi dan sokongan. Malah saya juga mahu sentiasa kekal positif, bertenaga dan sentiasa berpandangan jauh.

Harus sentiasa ingat,

"Persekitaran kita lebih kuat berbanding kemahuan."

Apapun, pilihan di tangan masing-masing.

Bak kata Dato' Roslan Abd Hamid ( Tokoh Penasihat Perniagaan dan Jutawan Perkataan )

Di mana ada manusia, di sana ada kesempatan untuk beramah tamah.
Di mana ada manusia, di sana ada masalah yang menerpa.
Di mana ada manusia, di sana ada nilai yang perlu ditambah.





Busuk!