Amboi, cepat je klik bila ada nama Neelofa kannn...? Kenapa tetiba ada nama Neelofa plak dalam entri ni? Sila baca sampai habis kalau nak tahu dengan lebih lanjut.. Hehehe..
![]() |
Cantik betul Neelofa ni... |
![]() |
Popular Post |
Hari ini saya ingin update gambar-gambar terbaru dan sedikit perkembangan Bucida Court yang semakin menjadi tumpuan ramai selepas waktu solat terawih.
Di bawah ini adalah gambar-gambar semasa perjumpaan ahli-ahli Mthusiast Club (BMW Motorsport Enthusiast Club)
![]() |
BMW Motorrad |
2T Superfly Club juga telah datang memeriahkan medan selera tersebut.
Begitu juga dengan Honda dan Harley Davidson Club.
Dibawah ini pula gambar-gambar yang di ambil pada malam minggu yang lepas.
Haaa..macam-macam ada kann... Sangat meriah dan happening!
Saya juga ingin mewar-warkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Izzah Pinggir TTDI di Bucida Court yang akan diadakan pada 28 Julai 2013 (AHAD). Turut hadir adalah Kelab Mthusiast (BMW Motorsport Enthusiast) dan Neelofa & Fan Club. Kepada sesiapa yang ingin menyertai majlis ini sila hubungi Azreen 019-2237048.
P/S : InsyaAllah, saya juga akan berada disana bersama kereta kesayangan saya buat kali terakhir sebelum ianya berpindah tangan kepada pemilik yang baru..
Jadi, jumpa saya dan Neelofa disana ya! (Haha..Budget artis sangatkann..)