Proses Jatuh Bangun, Jatuh Bangun dan Bangun Terus!

Assalamualaikum..

Anda pernah tengok anak-anak yang baru hendak belajar berjalan?


syuhada1981.com
Ini anak sulong saya, Zahara..


Very intresting processkan? Sebelum dia hendak cuba berdiri sekalipun, dia mesti melalui proses :

Dari berbaring cuba mengiring.
Dari mengiring cuba meniarap.
Dari meniarap cuba merangkak, mengundur dan ke hadapan.
Kemudian dia cuba menaikkan badannya sehingga mula cuba berdiri sebelum jatuh bertatih memapah badan untuk melangkah. Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap jatuh, tetapi dia cuba lagi.

Dia jatuh, dia bangun, dia jatuh, dia bangun, dia jatuh lagi, dia bangun lagi..

Macam itulah proses hendak bina apa sahaja dalam hidup terutamanya bisnes. Cuma, bezanya ramai orang lebih banyak mengeluh dan komplen apabila dia jatuh atau belum berjaya. Bayi tidak mengeluh, dia jatuh, dia menangis tetapi dia cuba lagi.

ROSAKKAN OTAK SENDIRI SEBELUM BERNIAGA

Ramai yang berfikiran negatif sebelum cuba berniaga, tetapi kita yang dahulu pernah jadi bayi masa kecil, kita tidak pula fikir negatif masa itu dan kita mendapat banyak galakan. 

Tetapi hari ini, ramai orang lebih banyak merendahkan apa yang kita cuba buat daripada memberikan sokongan dan galakan.

Masa kita kecil, tidak pula kita fikir, nanti kalau aku berdiri nanti kalau jatuh bagaimana? 

Kalau sudah berjalan tidak boleh berlari bagaimana?

Kalau aku sudah boleh berdiri, satu hari nanti tidak boleh berdiri lagi bagaimana?

Dan kita tidak ada banyak prasangka tentang diri kita atau tentang orang lain ketika itu.

Tetapi ramai hari ini...

Belum buat apa-apa pun lagi telah meletakkan seribu satu prasangka pada diri sendiri. Apatah lagi pada usaha orang lain.

Kadang-kadang kita boleh belajar dan merenung kembali daripada proses kita belajar semasa kecil.

Asalnya kita adalah BERANI. Berani mencuba. Berani sakit, berani jatuh dan berani bangun lagi, kerana KITA MAHU JALAN.

Kita tengok semua orang keliling kita berjalan dan kita MAHU JALAN JUGA!

Janji kita capai walau apapun. Itu sikap anak-anak pada asalnya.

SEMAKIN DEWASA SEMAKIN PENGECUT

Semakin kita dewasa, semakin banyak tanggapan negatif, tanggapan halangan, tanggapan kegagalan, tanggapan ketakutan yang telah didedahkan oleh mereka yang PENAKUT & PENGECUT ini.

Mereka takut berniaga dan pernah berniaga tanpa elmu, mentor dan sistem, maka mereka menakut-nakutkan orang lain yang baru hendak berniaga.

Kita tanya salah orang. Kita tanya orang yang bertahun-tahun kerja punch-card pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang, serta selama ini takut berniaga, kita pula tanya mereka pasal berniaga? Mereka sendiri takut hendak ambil risiko, mereka sendiri tidak minat berniaga.

Apabila orang lain berjaya dengan berniaga, mereka ini tuduh menipu, kroni dan macam-macam lagi sedangkan mereka sendiri kerja makan gaji pun asyik ponteng, asyik keluar minum, bergossip sana sini, tidak amanah. Pukul 8.30 pagi minum, pukul 9.30 pagi pun keluar minum lagi!

BERANI SALAH TEMPAT HIDUP SEMAKIN MELARAT

Kerja tetapi membawa katalog jual pinggan mangkuk, langsir, cadar  dan berniaga pula pada masa bekerja.
Itu berani salah tempat namanya! Silap haribulan kita pula diberi amaran dan notis!

Jika kita mahu berjaya di dalam perniagaan, kita perlu berani bermatlamat, berani mencari elmu dan mentor, berani mengambil risiko yang telah dipertimbangkan risikonya.

Kita perlu berani belajar berniaga dari orang yang telah berjaya tetapi pernah gagal banyak kali.

Kita kena guna semangat "baby" kita. Bersedia untuk belajar.



syuhada1981.com


Renung-renungkan dan selamat mencuba..












Busuk!