OhBlogger - Segmen Blogwalking Singgah Sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama saya menyertai segmen blogwalking semenjak berblogging bermula bulan April yang lepas. Maklumlah, budak baru dalam dunia ini..perkataan 'blogwalking' tu pun saya tak tahu apa maksudnya.. Kesiankannn.. Tapi itu dulu..sekarang saya tahu dah..Hehe.. 

Blogwalking tu segmen berjalan-jalan melawat blog kawan-kawan ,baca entri-entri, bertegur sapa, komen-mengomen, bergaul dan meramas mesra.. :-) Bagus segmen seperti ini, banyak faedah yang kita perolehi selain dapat  berkenalan, menjalinkan ukhuwah, ia juga dapat membantu mempromosikan blog sesama kita. Free and viral marketing.. I promote you, you promote I. Kalau dalam bisnes dipanggil cross-marketing and selling.. Cuma masa je yang kadang-kadang tidak mengizinkan.. adakalanya sebelum tidur saya 'berjalan-jalan ke blog kawan2' menggunakan handphone. ( Itupun kalau encik suami tak 'kacau' la kan..Hahaha )

Bila terjumpa entri tuan HasrulHassan dalam Disqus terus saya terjah dan follow arahan yang diberi. Baru berani untuk mencuba, sebelum ni rasa segan sangat..yelahh..budak baru..blog pun masih carca marba lagi..

Tapi yang best sangat, segmen blogwalking ini dijalankan ketika menunggu waktu sahur..nama pun singgah sahurkan...Selain ia dapat membantu kita agar sahur tidak melepasi waktu suboh ia juga dapat menjalin dan mengeratkan hubungan antara blogger-blogger..bernetworking di kala dinihari gitu. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan HasrulHassan atas usaha beliau melancarkan segmen ini.. Nampaknya memang meriahlah suasana dunia blog ketika waktu bersahur sepanjang Ramadhan ini.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk join sekaki..jomlah kita..Anda boleh klik logo dibawah ini.. Cepat-cepat ye.. Tarikh tutup 15hb Julai 2013. Fast action, fast result ! 




Busuk!