Assalamualaikum,
Jika anda mempunyai bisnes kecil dan mahu menggunakan FB sebagai medium promosi, berikut merupakan antara 5 tips cara-cara bagaimana kita dapat pastikan untuk mendapat pulangan yang sewajarnya:
1. Bina profil yang menarik.
Profil Facebook kita ialah kunci kepada jenama perniagaan kita. Pastikan kita gunakan gambar professional berkualiti tinggi yang menerangkan siapa kita dan jenis perniagaan kita.
2. Berkawan.
Jika ramai rakan kita dalam Facebook, maka pemasaran kita pasti akan lebih efektif. Facebook adalah tempat utama untuk pemasaran, di mana kita boleh terus berhubung dengan orang-orang yang berkongsi minat dengan kita, dan ianya lebih mudah disasarkan mengikut demografi sasaran perniagaan kita ini.
3. Melibatkan diri dengan FB Groups.
Terdapat Facebook groups tertentu mengumpulkan ahli-ahli yang meminati sesuatu topik. Facebook groups adalah
salah satu cara terpantas untuk membuat kawan baru di Facebook.
4. Gunakan Facebook Events.
Jika kita melancarkan satu perkhidmatan baru atau produk, maka wujudkan Facebook events dan jemput semua rakan-rakan Facebook kita. Ianya terpulang kepada mereka mahu sertai atau tidak.
5. Lahirkan komuniti kita sendiri.
Pemasaran Facebook yang paling berkesan akan membina sebuah masyarakat yang setia pelanggan, rakan-rakan dan pengikut. Pastikan kita juga membalas setiap komen rakan-rakan yang menulis di wall kita. Ini membantu membina jenama kita, dan menguatkan kredibiliti produk atau perkhidmatan kita di masa akan datang.
BAKSO JAWA MALAYSIA
3 months ago