Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama sahabat baik saya (Aliaa dan Shahira) telah pun berpeluang menghadiri Konvensyen Inspirasi Usahawan Wanita 2013 yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang bertempat di Dewan Tun Dr.Ismail PWTC. Saya minta maaf kerana agak lambat update mengenai konvensyen ini kerana saya agak produktif dan banyak urusan kerja yang perlu saya selesaikan minggu ini. 




Apa yang boleh saya katakan tentang konvensyen ini adalah WOW dan sangat AWESOME dengan barisan panel yang sangat hebat dan berkarisma. Saya sangat berharap konvensyen ini dapat dijadikan acara tahunan kerana terlalu banyak elmu yang boleh kita perolehi dalam majlis sebegini.


Walaupun sebelum ini saya sememangnya aktif menghadiri seminar dan kelas-kelas anjuran Dr.Azizan Osman namun bagi saya konvensyen ini ada sedikit kelainan kerana barisan panelnya yang berbeza-beza (5 orang) dan fokus utamanya adalah untuk WANITA.


                                                 

Disini saya ingin berkongsi elmu dan tips-tips kejayaan yang sempat saya catatkan sepanjang konvensyen berlangsung.



Panel 1 > Puan Siti Nur Suraya Mohamed Ali (Lunatots) - Cabaran Bisnes Online dan Impak Dalam Perniagaan

Wanita bisnes ini adalah Pengarah LunaWorks Sdn.Bhd. Syarikat yang terkenal dengan produk Lunatots. Sepanjang 5 tahun, bisnes miliknya telah berkembang maju dan menjadi peneraju dalam menyediakan produk untuk bayi. Memiliki 8 buah pusat sehenti barangan bayi Lunatots diseluruh Malaysia dan juga bisnes online melalui Lunatots Online Store.
https://www.facebook.com/Lunatots
https://www.facebook.com/suelunatots?fref=ts
  • minat asalnya suka berkongsi tentang penyusuan bayi.
  • memulakan perniagaan di internet hanya dengan menjual 'breast pump'
  • dikenali sebagai 'misi' yang pergi rumah ke rumah untuk memeriksa bayi & ibu selepas bersalin. Hanya untuk berkongsi tentang kebaikan penyusuan bayi.
  • dulu win or lose tapi sekarang win and learn.
  • kalau ada situasi yang negatif anggap sahaja itu adalah cara untuk menyedarkan kita tentang kesilapan yang telah pun kita lakukan..so kena  fikir positif.
  • lebih pentingkan masa yang berkualiti dari kuantiti.


7 Rahsia Memulakan Kedai Online

  1. Tindakan - kebanyakan orang hanya pandai bercakap sahaja tapi tiada tindakan susulan. Kalau ada idea, buat sekarang jangan nanti-nanti sebab kalau nanti memang takkan dibuat. It's now or never!
  2. Laman Web - mesti kena ada laman web dot com kerana ianya melambangkan reputasi.
  3. Product -  *Facebook Fanpage - untuk berinteraksi dengan pelanggan. *Website - Webshop/Kedai Online.  *Blog - Pemilik perniagaan yang ada link dengan bisnes dan butir-butir produk. PEMILIK PERNIAGAAN ADALAH PEGAWAI PEMASARAN YANG TERBAIK!
  4. Jenama@Branding - harus mempunyai jenama/brand yang bagus supaya dikenali. If we have a good brand, people will always remember even we are sleep.
  5. Perkongsian - kena selalu berkongsi dilaman-laman sosial. Kemaskini status dan upload gambar. Wajib update perkongsian kerana itu adalah soft sell.
  6. Passion - minat kena ada.. kena suka apa yang kita buat..Love what we do.
  7. Leverage - jangan terperangkap didalam kesibukan kerja-kerja production. Jangan tamak nak buat semua. Kadang2 kita tiada masa untuk melayan semua inbox dan pertanyaan, upah sahaja orang lain untuk memantau. Takkan kita perlu duduk dihadapan laptop/komputer sepanjang masa, banyak lagi benda yang harus kita ambil kira. Jangan kedekut untuk upah orang lain yang lebih pakar contoh macam web design, kalau kita tidak tahu jangan pandai2 nak buat, upah sahaja orang lain.
Ayat terakhir dari Puan Suraya >> ALLAH TIDAK MENJANJIKAN KITA KAYA TAPI DIA AKAN BERIKAN REZEKINYA PADA MEREKA YANG BERUSAHA.


Panel 2 > Puan Mona Din - Meletakkan Jenama Produk Tempatan ke Arena Antarabangsa
Wanita jelita ini merupakan pengasas dan pemilik Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, L-EFFE Corporation, Luvstylista Apparel Sdn Bhd dan yang terkini Umrahajj Apparel. Beliau mempunyai latarbelakang yang kukuh dalam bidang pengiklanan memandangkan sebelum ini pernah bertugas di Karangkraf sebagai Pengurus Besar Pengiklanan. Satu ketika beliau membuat keputusan meletakkan jawatan dan mengusahakan jenamanya sendiri. Bermula dari kosong wanita ini tidak sesekali menoleh kebelakang.Beliau kini telah berjaya meletakkan namanya setanding dengan ahli perniagaan wanita yang berjaya di negara ini.
https://www.facebook.com/pages/UmraHajj-Apparel/150791355092749
https://www.facebook.com/pages/Hajaba-Muslimah/107195829319105
https://www.facebook.com/pages/Leesa-Formula-HQ/170320422988347
https://www.facebook.com/pages/Serenity-Spa/144057955664583

  • terpaksa menjual 2 buah kereta (BMW dan Estima) dan hanya membeli kereta Kembara manual untuk medapatkan modal memulakan perniagaan.
  • disamping itu terpaksa juga berjimat cermat untuk membiayai kos perubatan anak bongsu yang menghidapi 'down syndrome' dan mempunyai 4 lubang dijantungnya..sepanjang masa hanya dihospital dan meninggal dunia pada usia 12 tahun.
www.syuhada1981.com

The Power of Branding

  1. Kejayaan boleh diukur dengan 2 benda iaitu duit yang ada didalam bank yang hanya kita, orang bank & Allah sahaja yang tahu dan jenama kita sama ada orang kenal atau pun tidak.
  2. Berjaya memperolehi RM 1juta hasil jualan Leesa Formula pada 6 bulan pertama dipasaran.
  3. Jenama yang gah boleh dijual walaupun kita sebenarnya rugi. Contoh jenama Laura Ashley. Walaupun kerugian tapi disebabkan jenamanya besar & dikenali maka perniagaan tersebut telah bertukar tangan dengan harga puluhan juta dolar!
  4. Power brand sangat penting. Jangan ambil mudah tentang jenama kerana kita tidak tahu tuah kita.
  5. Nama, ikon, logo, warna, simbol, tagline yang kreatif boleh diterjemahkan sebagai Jenama.
  6. Jangan lupa daftar di Harta Intelek Malaysia supaya jenama kita tidak diambil & ditiru orang lain.
  7. Pilih satu nama yang senang disebut, logo yang boleh represent product/bisnes kita.
  8. Build your name supaya orang kenal.
  9. Bila anda ingin memulakan perniagaan anda juga perlu tahu dimana anda mahu ianya berakhir. Start with business plan, dream big/visualise your business, buat kajian/do the research.
  10. Kena ada plan A,B,C,D untuk marketing, packaging, advertising kerana semua itu memerlukan kos.
  11. Kena tahu komersialkan jenama kita.
  12. Jangan cepat terpesona dengan kejayaan orang lain. Orang buat itu, kita pun nak buat juga tanpa kita ketahui susah payah, pahit getir orang yang telah berjaya itu.
  13. Tidak salah untuk berimpian besar.
  14. Create your own style, brand and niche. Jangan meniru 100%. Inovasikan produk/jenama kita.
  15. Kena rajin. Get out of your comfort zone.
  16. Bunting, banner, iklan, poster kena sentiasa ada untuk mempromosikan jenama/produk kita.
  17. Iklan kena sentiasa konsisten even jenama yang besar seperti Adidas, Nike, Pepsi, Cadbury, Loreal, KFC dan sebagainya pun masih lagi menggunakan iklan, billboard dan poster sebagai medium pemasaran supaya orang tidak lupa jenama mereka.
  18. Bina jenama melalui diri sendiri kerana secara tidak langsung bila orang kenal pengasas maka orang juga akan kenal brand/produk kita. Itu adalah benefit.
  19. Jangan risau kalau ada orang yang meniru.  Yang penting kita kena tingkatkan prestasi, jaga nama baik jenama kita dan berikan yang terbaik untuk pelanggan. Kalau ada orang tiru bermakna kita bagus..Kita adalah 'trendsetter'.
  20. Beliau merupakan the only one usahawan Melayu yang membuka butik di KLCC, Pavilion, Alamanda dan juga di Bangsar.
  21. Tidak menggalakkan buat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Gadai dan gunakan apa sahaja yang kita ada. 
  22. Sedih dengan sikap bangsa Me-Layu, hanya tahu apply loan tapi taknak bayar. Lepas tu, salahkan orang itu ini. 
  23. Beliau baru sahaja melancarkan jenama pakaian Umrahajj, pakaian muslimah untuk umrah dan haji di Plaza Shah Alam..Sales pada hari pertama sahaja iaitu pada 1 June 2013 mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia!!
  24. Dengan itu, pihak Plaza Shah Alam telah menawarkan lot kedai yang lebih besar kepada beliau. Dijangka sebelum puasa, satu lagi jenama baru akan beliau keluarkan iaitu WOMEN OF JANNAH yang terdiri daripada 15 jenama pakaian muslimah yang bakal bersatu menjadi satu. 8 daripadanya merupakan pesaing beliau sendiri didalam industri fesyen muslimah. Dan WOMEN OF JANNAH bakal menjadi Muslimah Apparel Outlet yang pertama di Malaysia !!


Perkongsian bersama Pengurus Korporat Technology Park Malaysia, Puan Aniz Adura Abdul Majid - Melahirkan Usahawan Berdaya Saing.

www.syuhada1981.com

  1. Kerajaan melalui agensi-agensi telah banyak menyediakan peluang dan dana tapi orang Melayu malas cari maklumat.
  2. Terlalu banyak kemudahan teknologi, sains dan inovasi yang disediakan di TPM contohnya kilang biotech, cosmetic lab, mesin, robot, HALAL lab dan lain-lain.
  3. Company dari US datang ke Malaysia, gunakan khidmat TPM untuk keluarkan produk HALAL TEST KIT !
  4. Saintis dari Russia sebulan datang TPM 4-5 kali untuk menggunakan kemudahan disitu tapi orang kita?
  5. Usahawan yang berdaftar dengan TPM akan dikenalkan dengan para pelabur, dan jika ada konvensyen2 diluar negara, usahawan2 ini akan berpeluang mewakili Malaysia memperkenalkan produk mereka disana.
  6. Kena rajin tengok Budget Tahunan kerana disitu ada banyak maklumat tentang peruntukan dana bagi membantu usahawan Bumiputera.
  7. TPM menyediakan khidmat penyelidikan, fasiliti, pengilangan, kontrak dan pemasaran luar negara.
  8. Jika hanya ada idea yang unik juga boleh dibawa ke TPM. Contohnya seorang nelayan yang bernama Redzuan telah datang ke TPM untuk bertanyakan tentang enjin bot yang boleh dicabut keluar dari bot ketika tidak digunakan dan yang boleh diubahsuai. Enjin bot yang ada sekarang sangat menyusahkan ramai nelayan ketika musim tengkujuh..sebab banyak yang rosak. Jadi idea ini telah diterjemahkan dengan penyelidikan dan kajian maka hasillah enjin bot yang diberi nama RED1 (nama pemilik idea). Enjin bot itu telah diinovasikan, boleh dibuka ketika tidak digunakan dan juga boleh digunakan sebagai mesin tebu dan mesin rumput! Encik Redzuan bakal menjadi jutawan kerana ada yang telah menawarkan jutaan ringgit untuk membeli ideanya itu.
  9. TPM yang berkeluasan 700 hektar di Bukit Jalil ini juga menerima kunjungan & rombongan bagi sesiapa yang berminat untuk datang dan lihat sendiri kemudahan yang ada disana.
  10. Cip mykad/mykid juga merupakan idea dan hasil produk usahawan IT yang berdaftar dibawah TPM. Kini usahawan itu mempunyai bangunan perniagaannya sendiri di dalam kawasan TPM!
  11. TPM mempunyai ramai para genius dan saintis NASA yang setiap harinya kerja mereka adalah membuat kajian dan penyelidikan.
  12. Boleh layari http://www.tpm.com.my/   untuk maklumat lanjut.

Panel 3 > Dato (Dr.) Hussamuddin Haji Yaacub - Wanita Membina Karakter Usahawan.
Pengasas dan pemilik Kumpulan Media Karangkraf ini memiliki 28 buah majalah, tiga syarikat penerbitan, sebuah akhbar dan juga syarikat pencetak komersial yang terbesar di Malaysia. Atas sumbangannya terhadap industri media, beliau telah diberikan penghargaan antaranya Anugerah Superbrands 2005, SME Platinum Award 2008 dan Asian Publishing Lifetime Achievement Awards 2012.



  1. Usahawan adalah satu skill yang kita kena develop. Tak boleh belajar dalam masa 2 hari. IQRA' adalah pegangan hidupnya iaitu BACALAH.
  2. Berasal dari Kelantan - pengaruh dari ibubapa yang membentuk beliau menjadi usahawan.
  3. Bapa beliau merupakan seorang ustaz manakala ibunya merupakan seorang tukang jahit. Anak ke7 dari 8 orang adik beradik.
  4. Bagi menambahkan pendapatan ayahnya membuka kedai menjual suratkhabar,buku dan majalah.
  5. Semasa kecil beliau seorang yang slow learner, kurang cerdas dan mempunyai saiz tubuh badan yang kecil.
  6. Tapi ibu beliau telah develop potensi yang ada dalam dirinya.
  7. Beliau telah diarahkan ke pasar setiap pagi untuk membeli bahan2 mentah sebelum ke sekolah. Walaupun memberontak dan protes tapi budak dulu bukan macam sekarang..Dulu tak boleh nak bantah cakap ibu! Jadi nak taknak kena juga buat.
  8. Daripada terpaksa lama2 sudah jadi minat, dan disitulah beliau develop skill jual beli, tawar menawar dan networking. Bayangkan satu pasar Siti Khadijah kenal beliau!
  9. Pulang dari sekolah pula beliau telah diarahkan oleh ayahnya untuk menjaga kedai setiap hari. Protes juga pada mulanya. Tertanya juga mengapa bukan abang2 dan kakak2nya?
  10. Ayah mengarahkan beliau untuk membaca 7 suratkhabar yang dijualnya setiap hari..termasuk buku2 dan majalah2 yang ada disitu juga. Dari situlah dia membina minat menjual dan membaca. 
  11. Dulu protes, lama2 beliau sedar bahawa ibu dan ayahlah yang bertanggungjawab mempersiapkan diri beliau untuk menjadikan beliau seorang usahawan!
  12. Jiran-jiran beliau  95% adalah bangsa Cina yang berniaga. Tauke Mydin merupakan jiran beliau semasa kecil.
  13. Apabila menginjak ke sekolah menengah beliau menjadi lebih kreatif. Dengan kebolehan dan kelebihan dalam bidang penulisan beliau antara yang terkenal di sekolah. Telah dibentuk sebagai leader oleh guru2nya.
  14. Melalui proses pembacaan dapat membentuk Life By Design.
  15. Memilih bisnes untuk memandaikan orang.
  16. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual karangan-karangannya..- satu karangan 20sen. Dulu nilai 20 sen tu besar.
  17. Sekarang alhamdulillah..jualan berjuta-juta setiap bulan.
  18. Buat apa yang kita minat dan apa yang kita tahu.
  19. Minat membaca, menjual dan membeli beliau jadikan perniagaan.
  20. Untuk develop skill dan karakter seorang usahawan perlu banyak membaca dan menuntut elmu. Usahawan kena kreatif.
  21. Pejabat Karangkraf yang berkeluasan 20 ekar dibandar Shah Alam telah dibeli oleh beliau semasa zaman gawat ketika itu ramai yang menjual aset, tanah dan lain2. Tanah itu dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit pada masa sekarang!
  22. Rules dalam perniagaan- setiap sen kena berkira. Kalau duit poket sendiri, beliau memang seorang yang pemurah.
  23. Staff kena jaga. Didik semua staff supaya faham makna pekerjaan mereka walaupun mereka hanya bekerja sebagai pelipat kertas. Nilai pekerjaan kita itu penting.
  24. Touch customer's heart, berikan servis yang terbaik.. Buat apa yang termampu. Iklan yang terbaik adalah viral marketing. Contoh, mengapa orang suka pergi minum dan makan di kedai mamak? Kerana servisnya yang pantas dan kedainya dibuka 24jam!
  25. Relationship sangat penting dalam perniagaan. Adakah saudara-mara,jiran-jiran dan orang disekeliling kita tahu tentang perniagaan kita? Sharing itu penting. Sharing is viral marketing. 
  26. Buat apa sahaja kena IKHLAS. Kerja menambahnilai hidup orang lain perlu dididik dalam hati.
  27. Jangan follow up tapi gunakan follow through sampai jadi!
  28. Setiap 3 bulan beliau adakan meeting dan briefing session untuk semua staff.
  29. Aliran tunai dan accounting sangat penting dalam perniagaan. Jika pemilik salah guna wang syarikat, perniagaan pasti akan lingkup.
  30. 30 tahun pertama semua untung Karangkraf direinvest semula untuk meningkatkan lagi teknologi dan membaikpulih sistem sedia ada.
  31. Cakap kena kuat, jalan mesti laju, tindakan harus pantas. Think smart!
  32. Orang Melayu kena kaya kerana dengan kekayaan baru kita boleh menyumbang, berzakat dan membantu hidup orang lain.
  33. Dalam perniagaan mesti ada persaingan tapi kita mesti jadi lain dari yang lain/being different/being unique. Contoh macam akhbar Sinar Harian yang sentiasa telus dalam menyampaikan berita.
  34. Beliau sangat meminati Wisdom Quotes.
  35. Dapat isteri cantik kerana kebolehan beliau menulis surat..Dulu takde handphone,email,sms, whatapps dan sebagainya..Hanya surat pengganti diri..Tulis surat tanpa nama membuatkan isterinya tertanya-tanya siapa pengirim surat-surat cinta itu.
  36. Memang suami adalah ketua/kepala keluarga tetapi kena ingat isteri adalah TENGKUK. Tengkuk lagi penting dari kepala kerana peranan tengkuklah yang menggerakkan kepala. Contoh kalau tengkuk kita sakit, kepala kita juga akan senget. Pendek kata, isteri adalah tulang belakang suami dan keluarga. Lelaki susah nak berjaya tanpa sokongan isteri, tetapi wanita boleh berjaya tanpa ada suami. (ibu tunggal).

Panel 4 > Dr.Azizan Osman - Usahawan Jutawan
Ahli perniagaan berkarisma ini merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Richworks Resources Sdn.Bhd. Beliau turut dikenali sebagai pakar pemasaran terkenal Malaysia. Berbekalkan pengalamannya dalam bidang berkaitan, beliau telah melatih lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia yang mahu meraih kejayaan dalam setiap profesion. Selain Malaysia, beliau juga turut berjaya meluaskan pengaruhnya dengan menganjurkan seminar di peringkat antarabangsa iaitu di Brunei, Indonesia, Singapura dan Australia.
https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan
http://www.azizanosman.com/


www.syuhada1981.com

4 Perkara Penting untuk Hidup Yang Luarbiasa

1. Otak
  • ramai orang tidak diajar menggunakan otak mereka dengan maksimum.
  • otak perlu disekolahkan, jika tidak, otak yang akan menyekolahkan kita dengan suara-suara kecil didalam diri. ( small little voice )
  • otak perlu dikawal dan dikuasai.
  • otak harus digunakan untuk kebaikan.
  • Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.Apa yang kita fikir adalah doa, jadi jangan fikir benda-benda yang negatif!
  • sel kesyukuran dalam otak sudah mati bagi orang yang negatif dan orang yang suka merungut.
  • setiap hari otak kita akan menghasilkan sel-sel yang baru jadi bagi orang yang negatif sel-sel mereka tidak akan aktif.
  • bagi orang yang positif sel-sel otak mereka yang kukuh dapat menarik lebih banyak benda-benda yang baik dan positif.
2. Emosi
  • potensi manusia terletak pada hati, perasaan dan emosi.
  • emosi boleh membina dan menghancurkan hidup seseorang.
  • bersedekah bukan hanya dengan duit sahaja, senyum, berkongsi elmu, bantu orang lain, nasihat juga merupakan sedekah. Bila kita dapat bantu orang lain secara tidak langsung ia dapat membina emosi kita.
  • what you give, you will get back.
  • the more you give, the more you get.
  • what goes around will comes around.
  • orang yang memberi adalah orang KAYA. Kerana hanya orang yang ada sahaja yang boleh memberi.
  • orang yang selalu meminta/menerima/menadah tangan akan sentiasa miskin.
  • wanita suka menyimpan dan pendam perasaan sampai jadi barah. Ia patut dilepaskan sebelum ia mengganggu emosi dan minda. Jangan sabotaj diri sendiri.
  • belajar memaafkan.
3. Mulut
  • apa yang kita fikir,rasa, cakap dan buat adalah doa. Programkan anak2 dan suami melalui percakapan.
  • skrip programming mesti sama. 
  • masa paling sesuai untuk programming adalah masa anak2 tidur.
  • kalau nak marah pun, cakap dan sumpah yang baik-baik sahaja.
  • baiki hubungan dengan ibu kerana ibu adalah keramat hidup kita. Doa ibu paling mustajab!
4. Perbuatan
  • setiap perbuatan kita ada impak sama ada positif atau negatif.
  • kita boleh menilai tindakan kita sama ada kita menggembirakan atau menyakiti hati orang lain.
  • orang yang berjaya selalu pantas bertindak..segala-galanya pantas.
  • fast action fast result.
  • for things to change, I must change first!

12S untuk Keberkatan Hidup ( Buat sikit tapi dapat banyak. )
  1. Sikap - contohi sikap-sikap positif orang yang sudah berjaya.
  2. Syukur - siapa yang bersyukur Allah akan tambah lagi rezekinya. Sentiasa berterima kasih. Bila kali terakhir kita mengucapkan terima kasih pada suami, isteri, anak-anak, ibu, bapa, pekerja, kawan-kawan dan lain-lain?
  3. Senyum 
  4. Sedekah - keep on giving, you will keep on getting.
  5. Seronok - kena seronok dengan apa yang kita buat, lebih banyak enjoyment yang kita dapat.
  6. Sumbangan - apa yang boleh kita contribute? Kerja, idea, nasihat, bantuan itu adalah sumbangan. Kebahagiaan tidak boleh dibeli tetapi boleh dicipta dengan membahagiakan orang lain melalui sumbangan kita.
  7. Silaturrahim - jaga hubungan sesama manusia. Jangan menyakiti hati orang lain.
  8. Sujud - lebih banyak sujud lebih banyak keberkatan.
  9. Suci - sucikan hati, sucikan diri, solat Taubat, solat Tahajudd, solat Dhuha
  10. Selawat 
  11. Sabar
  12. Serah/Submit - Tawakal. Berserah pada Allah setelah kita berusaha.

Panel 5 > Dato' (Dr.)Azlina Hj Che Abdullah - From Zero to Hero
Wanita cantik ini adalah pengasas produk D'Navechee, pemilik DAS Travel, Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang, DCL Manufacturing dan lain-lain lagi. Misi dalam bisnes memacunya menjadi salah seorang usahawan wanita berjaya di negara ini. Berpengalaman dalam perniagaan jualan langsung dan kosmetik Dato'  Azlina telah meraih anugerah Wanita Ikon 2008, Winner of Best Brands 2010 dalam bidang jualan langsung dari The Asia Pacific Brand Foundation, The Brand Laureate.

www.syuhada1981.com   


  1. Berkelulusan setakat STPM sahaja.
  2. Memulakan bisnes semasa zaman kegawatan ekonomi. Orang kata beliau gila sebab orang lain tutup kedai tapi beliau baru nak buka kedai/berniaga.
  3. Pernah dihalau keluar dari rumah sewa, sorokkan kereta bimbang ditarik oleh pihak bank. Pernah ditangkap kerana isu product labelling.
  4. 16 tahun bersusah payah membina perniagaan.
  5. Turning point - IQRA' ( Bacalah )
  6. Pada suatu ketika, pada masa jualan D'Naveechee meningkat pada jutaan ringgit, beliau terpaksa berkorban masa selama 6 tahun untuk memberi fokus membantu suami menaikkan kembali DCL yang telah kerugian sebanyak RM8juta di Indonesia.
  7. Networking seramai 2juta orang dibawah DCL perlu dibantu, kebanyakannya ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tetapi orang masih bercakap yang negatif tentang beliau.
  8. Pedulikan cakap-cakap orang, jadi diri sendiri.
  9. Niat untuk membantu orang lain, Allah telah turunkan rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka.
  10. Hidup kita ini suratan atau kebetulan?
  11. Dahulu beliau sombong semasa kaya..pernah ada tunai sebanyak RM200 juta dalam akaun. Dahulu, bila shopping sekali borong beg tangan Louis Vuitton sebanyak 10 buah beg bernilai RM200,000.. sekali beli kereta borong sampai 2-3 buah kereta (shopping tunai ye). Beliau terlupa untuk 'memberi.'
  12. Sekarang, beliau sudah banyak berubah..tidak seperti dulu lagi..lebih banyak memberi dan berkongsi, boleh nak beli yang mahal-mahal tetapi sekadar yang nak dipakai sahaja.
  13. Pernah dilanda kontroversi dan berita tersebar diseluruh Malaysia. 
  14. Segala ujian ada hikmah supaya DIA mahu kita sedar.
  15. Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang baru kita benar-benar rasai.
  16. Allah boleh campakkan rahmatNya pada sesiapa sahaja yang DIA pilih.
  17. Ujian dan dugaan apabila sudah kaya, jangan sesekali sombong, riak & takbur.
  18. Beliau baru melancar dan menubuhkan Akademi Khalifah Super. Program mengenal diri dan merawat jiwa.
  19. Jaga hubungan dengan Allah. Sentiasa bersyukur.
  20. Mereka yang tidak bergantung pada Allah swt, JIWA mereka akan kering kontang.
  21. Hati kena tenang baru kita akan senang.
  22. Jangan fikir apa orang nak bercakap tentang kita. Abaikan sahaja.Ada aku kisah??
  23. Fikirkan tentang nilai kehidupan. Fikirkan hayat perjalanan hidup kita.
  24. Mana milik kita? Tiada milik kita. Semua yang ada merupakan milik Allah semata-mata.
  25. Dunia hanya pinjaman, akhirat jua kekal abadi.
  26. Kaki merupakan kenderaan kita yang paling mahal sebenarnya!
  27. Buat sesuatu kerana Allah.
  28. Rezeki yang ada untuk dikongsi. Beliau telah menubuhkan Yayasan bagi membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Aktif dalam memberikan sumbangan.
  29. Bila hati kita bagus dengan Allah, pasti Allah akan ingat dan beri pada kita.
  30. Allah akan datangkan rezeki dengan pelbagai cara tanpa kita sangka.
  31. Hubungan suami isteri mesti kena bagus. Saling berkongsi, saling menyokong, saling memerlukan..tidur harus pegang tangan.
  32. Antara keberkatan perniagaan adalah kerana restu dan berkat sokongan  pasangan hidup kita, selain doa dari ibubapa.
Sedikit sebanyak maklumat tentang Akademi Khalifah Super.

khalifah super academy



Haa..amacam? Best tak?? Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda semua..

Baiklah, ini sahaja perkongsian kisah-kisah jatuh bangun dan tips-tips kejayaan ahli-ahli panel yang sempat saya catatkan sepanjang konvensyen berlangsung. Agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog saya. Saya juga berharap agar pihak Karangkraf dapat menganjurkan lagi konvensyen yang sarat dengan elmu seperti ini, kalau boleh setiap tahun pun bagus tau Dato' Hussamuddin. :)

Anda semua kaya & berjaya.

Salam kasih sayang, 









Gambar kenangan kami bersama Dato'Azlina. Orangnya sangat humble !

Image captured by Mokhriz from ReezQi Photo/Video Expert
https://www.facebook.com/ReezqiCinematograpy









Busuk!