Food Court Review : BUCIDA COURT (The New Hot Spot in Town!!)

Assalamualaikum buat semua pembaca & rakan blogger,

Petang ini, entri saya berkisarkan tentang review sebuah medan selera yang baru beroperasi awal bulan Julai baru-baru ini iaitu BUCIDA COURT yang terletak di Sungai Penchala, Damansara tepi LDP highway, berhadapan dengan Ikea, bersebelahan dengan Honda Showroom, sebaris dengan VW, BMW Auto Bavaria, Lotus and Porsche Showroom.  ( boleh rujuk peta dibawah )





Peta Panduan



syuhada1981.com
Pemandangan dikala senja sementara menunggu waktu berbuka.


Malam kelmarin saya berkesempatan untuk menjamu selera disana bersama keluarga. Apa yang boleh saya katakan tempat tersebut memang menarik, best, sangat cozy (sebab terletak diatas bukit,) sesuai untuk seisi keluarga, lokasi menarik untuk bersantai bersama rakan taulan, open air food concept, makanannya pun sedap, harga berpatutan, parking dan surau juga disediakan. 



Haaa..lagi satu, bagi peminat remote control car, Bucida RC Speedway juga ada disediakan disitu untuk anda bermain. Bestkan..



bucida-court
Vroom..vroom..

Di Bucida Court, ada beberapa stall yang menjual pelbagai pilihan makanan untuk sajian anda. Ada Nasi Ayam Sentap, Ayam Bakar, Stimbot,  Nasi Kukus Warisan, Delicious Thai Food, Sate, Char Kuey Teow dan Uncle's Ron Western & Grill. Pergghhh..memang sedap..



Char Kuey Teow
Lamb Chop
Nasi Kukus
Thai Food with Tomyam
  

Bagi penggemar kopi pula, yang menariknya disana juga ada kedai Kopi Satu dengan beraneka jenis kopi antaranya Coffee Style Latte, Cappuccino, Callypso Coffee, Marvellous I've blended dan banyak lagi! Kedai ni ala-ala mini kopitiam.



syuhada1981.com
Kedai Kopi Satu!

syuhada1981.com
Shisha juga disediakan.



Yang happeningnya lagi, Bucida Court ini juga menjadi lokasi perjumpaan ahli-ahli kelab Mthusiast BMW Motorsport..dan InsyaAllah, berkemungkinan besar bakal juga menjadi tempat perhimpunan rasmi Bikers Community iaitu Ducati Club, BMW Motorrad, Aprillia Club, Vespa dan lain-lain lagi. Haaa..nampak tak deretan kereta BMW di bawah ni?



Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta, nak lepak-lepak, nak cuci mata, nak dating meeting, sambil makan bersantai, bershisha minum kopi, berbicara cinta dengan kekasih hati, bermain kereta kontrol dengan anak-anak, borak-borak kosong, sembang-sembang politik, bual-bual bisnes, lokasi ini sangat bersesuaian untuk anda.. 

Waktu perniagaan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah dari pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Bagi pendapat saya, medan selera BUCIDA COURT ini sangat bertepatan dengan taglinenya.. EAT, CHAT, CHILL. Cubalah ke sana dan rasainya sendiri..


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh 'LIKE' Facebook Fanpage BUCIDA COURT dengan menekan imej dibawah.


Sila Klik Disini


P/S :> Manakala,  saya pula disana sambil makan, minum, borak, asyik bermain berkejaran dengan anak bujang yang berbaju biru tu. Maklumlah, budak tengah lasak. 

syuhada1981.com
Ahmadhi yang larinya ligat,  kejarnya penat. 

Ok, itu saja yang ingin saya war-warkan petang ini. Terpaksa bergegas ke dapur untuk persediaan juadah berbuka puasa. Jumpa lagi ya!











Busuk!