Pengajaran Dalam Kehidupan

Assalamualaikum,

Disini saya ingin kongsikan beberapa pengajaran yang saya perolehi dalam kehidupan yang telah saya lalui sepanjang 32 tahun ini..



  • Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh buat semua suka pada kita. Apa yang kita boleh lakukan ialah menjadi seseorang yang boleh disayangi. Selebihnya terpulang kepada mereka.


  • Saya telah belajar bahawa selama ini kita banyak menjaga hati sesetengah orang dan mereka tidak semestinya mampu menjaga hati kita.

  • Saya telah belajar bahawa hanya kerana seseorang tidak suka cara kita, atau kita tidak menurut kemahuan mereka, tidak bermakna semua orang juga tidak suka kepada kita.

  • Saya telah belajar bahawa ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan, tetapi hanya sesaat sahaja mampu untuk memusnahkan ia.

  • Saya telah belajar bahawa bukan apa yang kita perlukan dalam hidup kita, tetapi siapa yang kita perlukan dalam kehidupan kita yang dikira.

  • Saya telah belajar bahawa dalam kehidupan ini kita juga bertanggungjawab untuk menentukan siapa diri kita.

  • Saya telah belajar bahawa kita juga bertanggungjawab untuk apa yang kita lakukan, tidak kira bagaimana kita rasa. Buat baik dibalas dan begitulah sebaliknya.

  • Saya telah belajar bahawa orang yang tidak berpelajaran juga mampu menjadi kaya raya dengan usaha sendiri. Asalkan ada kemahuan dan kuasa tindakan pasti mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengemis menadah tangan.

  • Saya telah belajar bahawa dalam hidup ini sama ada kita mengawal sikap kita atau sikap yang akan mengawal hidup kita.

syuhada1981.com


  • Saya telah belajar bahawa kita sememangnya mempunyai hak untuk marah, tetapi itu tidak bermakna kita ada hak untuk berlaku kejam.

  • Saya telah belajar bahawa dengan pengalaman yang dilaluilah yang menjadikan kita matang dan kematangan bukan dinilai dari segi usia kita.

  • Saya telah belajar bahawa tidak kira berapa baik pun kawan kita, mereka pasti akan menyakiti hati kita tanpa disedari. Oleh itu, kita mesti memaafkan mereka untuk itu.

  • Saya telah belajar bahawa kita juga perlu belajar untuk memaafkan diri sendiri atas perbuatan lampau kita. Jangan toleh belakang lagi teruskan perjalanan menghadapi masa depan.

  • Saya telah belajar bahawa hanya kerana dua orang berhujah, ia tidak bermakna mereka tidak suka antara satu sama lain. Dan, hanya kerana mereka tidak berhujah, ia tidak bermakna mereka suka dan setuju.

  • Saya telah belajar bahawa tidak kira betapa remuk perasaan dan sedih hati kita pun, dunia tidak akan hentikan putarannya untuk berkongsi kesedihan kita. Life must go on!

  • Saya telah belajar bahawa hidup adalah untuk memberi, berkongsi dan menambahnilai hidup orang lain disekeliling kita.

  • Saya telah belajar bahawa dalam hidup ini pertalian kasih sayang sangat penting. Tanpa curahan kasih sayang hidup menjadi tidak bermakna dan sunyi.

  • Saya tahu bahawa tidak kira bagaimana kita cuba untuk melindungi anak-anak kita daripada disakiti, mereka pasti akan tercedera sedikit didalam proses pembesaran ini. Mesti jatuh dan luka sana sini.

  • Saya telah belajar bahawa naik turunnya prestasi kehidupan kita dalam rumahtangga adalah berdasarkan perhubungan komunikasi antara suami isteri. Saling menyokong, saling setia, saling mengasihi, saling memerlukan, saling berbincang dan saling berinteraksi.

  • Saya juga telah belajar bahawa WIRA adalah orang-orang yang melakukan apa yang perlu dilakukan apabila ia perlu dilakukan, tanpa mengira apapun akibatnya.







Busuk!