Segmen-Jom Upkan Liker Fanpage Secara Mendadak

Assalamualaikum..

Dalam dok berblogwalking lagi tadi jumpa pula lagi satu segmen.. Joint segmen la sementara kurang idea nak menulis ni kann.. Hehe..

Macam best pula segmen ni.. Bagi yang berminat kliklah banner di bawah ni ye. Saya hanya joint segmen yang mudah-mudah je syarat penyertaannya. Jom kita! 





Ini link FB Fanpage Saya :  
https://www.facebook.com/Syuhada1981com



Segmen Upkan Follower by Hana

Assalamualaikum..

Dalam dok blogwalking sana-sini tadi, terjumpa pula satu segmen untuk naikkan jumlah follower..

So, tergerak pula hati untuk turut serta. Bagi sesiapa yang berminat boleh klik banner di bawah ni ye. Syaratnya pun mudah je.




Jumlah Follower Blog Terkini : 24 orang 
Jumlah Follower Google Terkini : 85 orang
Jumlah Follower FB Page : 180 orang

Jom sama-sama kita memeriahkan segmen ini. 





30 TIPS HEBAT UNTUK HIDUP YANG INDAH!

1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.

2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.

4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

5. Minum air dengan banyak. 

6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.

7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.

8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.

9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.

10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!

11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.

12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.

14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. 

15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri. 

16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.

17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.

18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!

19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.

20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.

21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.

22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!

23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!

24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.

25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.

26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.

27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.

28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.


29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.


30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda. ;)


syuhada1981.com



Tips Untuk Memudahkan Hari Anda

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita rasa 24jam sehari tu tak cukup untuk kita lakukan pelbagai tugasankan.. Sekejap je masa berlalu. Dari pagi membawa ke tengahari sekejapan menjelang petang kemudian malam pun mengintai melabuhkan tirainya. 

Sedangkan ada lagi tugas kita yang tertangguh yang belum disiapkan. Sebelum ni saya pun kelam kabut dalam pengurusan masa. Tetapi setelah saya mula menulis apa tugas yang perlu diutamakan dalam jadual seharian baru saya rasa ianya lebih terurus.

Disini saya kongsikan tips-tipsnya.


1.Tahu Apa yang Penting. 

Versi mudah untuk memudahkan adalah kenal pasti apa yang penting dan perlu diutamakan.

Sebelum tidur, ambil masa sebentar untuk mengenal pasti perkara-perkara yang paling penting (4-5 perkara) untuk kita selesaikan pada hari esok. Senaraikan segala aktiviti, tugas, projek, mesyuarat dan komitmen yang patut. Pastikan juga 1-3 tugas paling penting untuk dilaksanakan pada permulaan hari anda. Yang tidak berapa penting tu, anda boleh kemudiankan pada sebelah petang atau malam.

2.Katakan Tidak kepada Extra Komitmen. 

Bila anda telah mengenalpasti apa tugas yang penting untuk dilakukan pada hari tersebut dan anda perlu mula berkata "tidak" kepada perkara-perkara kecil yang tidak tersenarai dalam tugasan yang penting. Fokus pada yang penting dahulu. 


3.Had Tugas. 

Senaraikan tugas 1-3 anda yang paling penting. Senaraikan juga tugas-tugas lain yang anda ingin lakukan. Lihat sama ada jika anda boleh menghadkan senarai anda kepada  5-7 tugas sehari (tidak termasuk perkara-perkara kecil). Menghadkan tugas anda dapat membantu anda memberikan tumpuan, kerana saya tahu anda tidak akan dapat lakukan segala-galanya dalam satu hari kerana anda juga memerlukan rehat.

4. Urus Masa.

Bila masa anda mula melakukan kerja-kerja penting anda? Pagi, tengahari, petang atau malam?

Kalau saya mestilah bermula dari pagi dengan menguruskan anak-anak ke sekolah dan suami yang akan ke pejabat. Sambung pula dengan tugas-tugas rumahtangga dan urusan anak kecil. 

Jadualkan ia dengan satu blok masa (1 jam, 2 jam, 4 jam, mengikut kesesuaian anda). Tutup sebentar talian Internet. Anda hanya perlu lakukan tugas yang paling penting.  Macam saya, setelah anak kecil saya tidur, baru saya mula mengadap komputer menyiapkan kerja-kerja pejabat, cek & balas emel, update facebook, blog atau sebagainya. 


5. Jangan Tergesa-Gesa.

Anda jangan terlalu tergesa-gesa melalui hari-hari anda disebabkan bimbang tidak dapat menyempurnakan tugasan anda, sebaliknya lakukannya dengan relaks. 

Tidak perlu kelam kabut tergesa-gesa dari tugas ke tugas, e-mel ke e-mel, kertas kerja ke kertas kerja, mesyuarat ke mesyuarat. Anda boleh berhenti sebentar, ambil sedikit masa untuk menggeliat meregangkan tubuh badan, lakukan sedikit meditasi pernafasan untuk 1-2 minit, minum air, berjalan sebentar, senyum, enjoy dengan tugasan semasa, sebelum anda beralih ke tugasan yang seterusnya.

Ok, semoga ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada anda.

Jumpa lagi!







5 Tips Promosi Bisnes Di Facebook

Assalamualaikum,

Jika anda mempunyai bisnes kecil dan mahu menggunakan FB sebagai medium promosi, berikut merupakan antara 5 tips cara-cara bagaimana kita dapat pastikan untuk mendapat pulangan yang sewajarnya:

1. Bina profil yang menarik.

Profil Facebook kita ialah kunci kepada jenama perniagaan kita. Pastikan kita gunakan gambar professional berkualiti tinggi yang menerangkan siapa kita dan jenis perniagaan kita.

2. Berkawan.

Jika ramai rakan kita dalam Facebook, maka pemasaran kita pasti akan lebih efektif. Facebook adalah tempat utama untuk pemasaran, di mana kita boleh terus berhubung dengan orang-orang yang berkongsi minat dengan kita, dan ianya lebih mudah disasarkan mengikut demografi sasaran perniagaan kita ini.

3. Melibatkan diri dengan FB Groups.

Terdapat Facebook groups tertentu mengumpulkan ahli-ahli yang meminati sesuatu topik. Facebook groups adalah
salah satu cara terpantas untuk membuat kawan baru di Facebook.

4. Gunakan Facebook Events. 

Jika kita melancarkan satu perkhidmatan baru atau produk, maka wujudkan Facebook events dan jemput semua rakan-rakan Facebook kita. Ianya terpulang kepada mereka mahu sertai atau tidak.

5. Lahirkan komuniti kita sendiri.

Pemasaran Facebook yang paling berkesan akan membina sebuah masyarakat yang setia pelanggan, rakan-rakan dan pengikut. Pastikan kita juga membalas setiap komen rakan-rakan yang menulis di wall kita. Ini membantu membina jenama kita, dan menguatkan kredibiliti produk atau perkhidmatan kita di masa akan datang.



Mutiara Kata (Part 1)


syuhada1981.com






















Jana Wang Melalui Blog

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya tidak pernah lagi berkongsi tentang pendapatan saya melalui blog. Hari ni saya nak sharelah. 

Tadi buka-buka email dapat lagilah email dari salah satu program affiliate yang saya join iaitu Free-eBooks.net ni. 

Alhamdulillah..

Sebenarnya ini merupakan komisyen saya melalui blog English saya iaitu 

Majoriti pengunjungnya datang dari luar negara. Walaupun saya jarang update tapi komisyen tu sentiasa ada. Mungkin kerana saya kerap share di twitter dan menggunakan hashtag tertentu. 

Antara program affiliate yang saya join ialah Clickbank, Amazon, JVzoo, Free-eBook.net, dan lain-lain. Yang bestnya komisyen kita semua dalam USD Dolar!

Saya akui yang saya banyak menerima komisyen melalui blog-blog English saya. Jadi, sekarang saya dalam ke arah untuk membeli domain & hosting untuk dua lagi blog saya iaitu make-your-dollar dan all-about-slimming.

Asalnya dulu cuba pun untuk suka-suka. Sekadar mengikut panduan salah satu ebook yang saya beli. Tak sangka pula, betul-betul dapat hasil.

Nanti saya kongsikan beberapa laman web dan review saya untuk anda menjana wang dari blog ye. 



syuhada1981.com

Ok, stop dulu disini.
Tiba masanya untuk ambil dua orang anak dara saya di sekolah.

Jumpa lagi!



Perkembangan Terkini Bucida Court dan Neelofa.

Assalamualaikum..

Amboi, cepat je klik bila ada nama Neelofa kannn...? Kenapa tetiba ada nama Neelofa plak dalam entri ni? Sila baca sampai habis kalau nak tahu dengan lebih lanjut.. Hehehe..


Cantik betul Neelofa ni...

Pada sesiapa yang pernah baca entri saya tentang Bucida Court review 19 Julai yang lalu, saya ucapkan terima kasih. Sehingga ke hari ini, entri itu masih lagi dikunjungi dan menjadikan ia salah satu entri yang popular dalam blog saya ni..


syuhada1981.com
Popular Post
Hari ini saya ingin update gambar-gambar terbaru dan sedikit perkembangan Bucida Court yang semakin menjadi tumpuan ramai selepas waktu solat terawih.

Di bawah ini adalah gambar-gambar semasa perjumpaan ahli-ahli Mthusiast Club (BMW Motorsport Enthusiast Club) 











BMW Motorrad

2T Superfly Club juga telah datang memeriahkan medan selera tersebut.






Begitu juga dengan Honda dan Harley Davidson Club.


















Dibawah ini pula gambar-gambar yang di ambil pada malam minggu yang lepas. 






Haaa..macam-macam ada kann... Sangat meriah dan happening! 

Saya juga ingin mewar-warkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Izzah Pinggir TTDI di Bucida Court yang akan diadakan pada 28 Julai 2013 (AHAD). Turut hadir adalah Kelab Mthusiast (BMW Motorsport Enthusiast) dan Neelofa & Fan Club. Kepada sesiapa yang ingin menyertai majlis ini sila hubungi Azreen 019-2237048.

P/S : InsyaAllah, saya juga akan berada disana bersama kereta kesayangan saya buat kali terakhir sebelum ianya berpindah tangan kepada pemilik yang baru.. 

syuhada1981.com



Jadi, jumpa saya dan Neelofa disana ya! (Haha..Budget artis sangatkann..)




























Busuk!